Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Mangsa keganasan keluarga: Ditarik rambut, diugut bunuh hampir setiap hari

Jul 31, 2023 | 05:30 AM



Herdikan dan makian seakan menjadi ‘sarapan’ harian setiap pagi sebelum suaminya keluar bekerja.

Apabila kata-kata tohmahan itu tidak cukup memuaskan hati, suami wanita berusia 41 tahun (yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Salmah) akan mula menarik rambutnya dari bilik tidur hingga ke ruang tamu unit flat empat bilik kediaman mereka.

Ini adakalanya dilakukan di hadapan dua anak perempuan mereka, yang kini berusia 10 dan 13 tahun.

Setelah mendirikan rumah tangga selama 16 tahun, suaminya mula berkelakuan ganas sekitar 2020, dan sejak itu hidup Cik Salmah dan anak-anaknya porak-peranda.

“Saya rasa diri saya tak ada nilai lagi, dah seperti sehelai kertas yang beliau ingin buang ke luar tingkap,” katanya semasa ditemu bual Berita Harian (BH).


Sepanjang perkahwinan mereka, suaminya banyak menghabiskan masa bekerja di luar negara dan hanya pulang sekali-sekala.

Namun, sejak Covid-19, beliau terpaksa pulang ke Singapura untuk bekerja di sini, dan sejak itu, kehidupan Cik Salmah seakan mimpi buruk setiap hari.

“Beliau memang sering mengugut untuk bunuh saya, hampir setiap hari.

“Tapi apabila beliau mula mengugut untuk bunuh anak-anak kami sekali, saya sedar saya perlu ambil tindakan secepat mungkin, kerana bimbang keselamatan anak-anak,” ujarnya.

Cik Salmah memberanikan diri melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan kemudian mengemukakan kesnya di Mahkamah Syariah dan mendapatkan bantuan peguam.

Beliau kemudian memutuskan menetap di rumah kenalannya bersama anak-anak.

“Yang saya betul-betul menyesal adalah kerana saya betul-betul percayakannya selama ini, semua butiran peribadi saya beliau tahu,” ujarnya.

Selepas keluar rumah, beliau mendapati kesemua wang simpanan di rumah dan dalam banknya lesap.

“Sedangkan duit tabung anak saya di rumah pun beliau ambil,” katanya sambil tertawa pahit.

Bekas suaminya itu telah menjatuhkan talak pada September 2020, dan pasangan itu bercerai secara rasmi pada Mei 2022.

Namun, sebelum penceraian itu dirasmikan, suaminya sudah ‘lari’ ke Amerika Syarikat.

Menurut Cik Salmah, beliau kemudian mendapat tahu bahawa suaminya itu telah menjalin hubungan dengan seorang wanita lain semasa bekerja di luar negara, dan telah merancang untuk lari bersama dan menetap di luar negara sejak mereka bertemu.

Cik Salmah, yang sebelum ini hanya bekerja sambilan sebagai penolong penjualan, kini bekerja sebagai seorang cef di restoran secara sepenuh masa untuk menyara kehidupan keluarga dan memastikan keperluan anak-anaknya dapat dipenuhi.

Beliau juga kini mempertimbangkan untuk menjual flat empat bilik kediaman mereka itu, dan membeli rumah lebih kecil memandangkan perlu membiayai sendiri kos perumahannya sebanyak $808 sebulan, yang kini dibayarnya melalui Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Tanpa sebarang sumbangan wang daripada bekas suaminya, Cik Salmah berkata beliau perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang sebagai satu-satunya pencari nafkah.

“Apa yang saya lakukan semuanya kerana dua anak saya ini, darah daging saya sendiri, mereka tanggungjawab saya. Saya akan usaha sedaya mungkin untuk memberikan mereka kehidupan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, beliau menerima bantuan dari pusat khidmat keluarga, namun kini kes keluarganya telah ditutup.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyiasat hampir 2,300 kes baru berkaitan keganasan keluarga.

Talian antikeganasan dan gangguan seksual pula menerima lebih 10,000 panggilan meminta bantuan.

Pindaan terhadap Rang Undang-Undang Piagam Wanita (Keganasan Keluarga dan Perkara-Perkara Lain) yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini bertujuan meningkatkan perlindungan bagi mangsa keganasan keluarga dan memberi pemerintah bidang kuasa lebih meluas untuk menangani kes-kes sedemikian.

Antara pindaan utama akta tersebut termasuk memastikan takrifan ‘keganasan keluarga’ merangkumi penderaan fizikal, seksual, emosi dan psikologi.

Ini selain memberikan bidang kuasa lebih kepada ‘pelindung’ – mereka yang mempunyai kelayakan serta pengalaman yang sesuai, yang dilantik Ketua Pengarah Kebajikan Sosial MSF – untuk campur tangan dalam keadaan-keadaan tertentu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >