Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

INDAHNYA RAMADAN

'Masjid Corner' jadi sudut si kecil belajar erti Ramadan

Ketibaan bulan Ramadan- terutama sekali sambutan Ramadan yang tidak 'tersekat' dek Covid-19- amat dialu-alukan masyarakat Islam seluruh dunia. Ia juga diraikan dengan pelbagai amalan dan tradisi oleh masyarakat Melayu Islam di sini. BERITA MINGGU meninjau kemeriahan sambutan Ramadan tahun ini.
Apr 02, 2023 | 05:30 AM



'MASJID' mini yang dicipta daripada kotak tersergam indah di satu sudut, dihiasi lampu lap-lip yang membuat kubahnya bermandikan cahaya.



Ruang khas di rumah Cik Adawiyah Fuad itu turut dilengkapi buku-buku mengenai Ramadan, kalendar khas bagi mencatat hari berpuasa dan berterawih serta kotak derma yang diperbuat dari bahan kitar semula bagi menggalak sikap menderma sempena bulan mulia itu.



Sudut istimewa tersebut merupakan sesuatu yang amat dinanti-nantikan kedua-dua anaknya, Md Aryan Zhafir, enam tahun dan Nur Afrah Zahrah, empat tahun, menjelang Ramadan setiap tahun.



Menurut Cik Adawiyah, ruang khas Ramadan itu merupakan sesuatu yang telah dilakukannya setiap tahun sejak dua tahun lalu.



"Setiap tahun, kami akan mencari bahan-bahan seperti kotak-kotak terpakai untuk mereka masjid mini ini untuk menjadikannya 'Ramadan Corner' untuk anak-anak.



"Sejak itu, mereka biasanya amat menanti-nantikan ketibaan Ramadan kerana mereka tidak sabar melakukan aktiviti ini dan menghias ruang itu sendiri.



"Tahun ini kami lengkapkan sudut ini dengan buku-buku cerita islamik, buku di mana mereka boleh mencatatkan berapa hari mereka telah berpuasa dan berapa sesi tarawih mereka telah lakukan, serta Tabung Dana Ramadan yang diperbuat daripada kotak-kotak yang dikitar semula di mana mereka boleh mendermakan wang saku mereka," kata suri rumah berusia 29 tahun itu.



Idea bagi ruang khas tersebut tercetus apabila beliau terlihat contohnya di media sosial, dan Cik Adawiyah memutuskan bahawa ini merupakan salah satu cara untuk menyemarakkan lagi semangat Ramadan di kalangan anak-anaknya.



"Ramadan masa yang cukup penting bagi kami, ia merupakan tempoh di mana kami sekeluarga akan berkumpul untuk berbuka puasa, sahur dan berterawih bersama.



"Ia juga memberikan masa yang amat diperlukan untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan mendidik mereka tentang Islam dan juga ajarannya.



"Ramadan Corner' yang kami adakan ini bertujuan untuk menggalak semangat menyambut Ramadan bagi anak-anak dan ia juga supaya mereka dapat mencipta kenangan manis semasa Ramadan," katanya.



Menurut Cik Adawiyah beliau memastikan sudut tersebut selesa supaya anak-anak tertarik untuk meluangkan masa di sana.



"Kami gembira melihat anak-anak duduk dalam masjid mini mereka, sering juga nampak mereka di sana baca buku senyap-senyap atau bermain bersama," katanya.



Beliau berharap untuk menjadikan 'Ramadan Corner' ini satu tradisi yang diteruskan untuk menitikberatkan kepentingan serta keistimewaan bulan ini.



Bulan Ramadan juga perlu dimanfaatkan sebagai peluang membina hubungan keluarga yang lebih baik melalui pengalaman bersama seperti berbuka puasa, terawih serta beramal, tambahnya.



Selaras dengan itu, Cik Adawiyah berkata ia juga masa terbaik bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak seperti untuk menyumbang kepada usaha menaiktarafkan masyarakat. - SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >