Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Masyarakat Melayu perlu persiap diri ceburi sektor kian membangun

Jan 01, 2023 | 05:13 PM



PEMIKIRAN berkembang atau 'growth mindset' serta keterbukaan dalam meningkatkan kemampuan dan meraih peluang tersedia memainkan peranan penting dalam usaha membina masyarakat Melayu/Islam masa depan yang cemerlang.



Keterbukaan ini lebih dapat dilihat dalam diri anggota masyarakat Melayu/Islam semasa tempoh pandemik Covid-19 yang menggesa ramai untuk menimba ilmu atau kemahiran baru atau mendalami kemahiran sedia ada.



Selain daya tahan yang diperkukuh, sikap ini juga penting dalam mengharungi landskap sosial dan ekonomi yang kian berubah dan untuk menggarap peluang yang tersedia.



Ini termasuk mempersiapkan diri dan keupayaan bagi menceburi sektor 'sunrise' atau yang kian membangun, menurut pengamat politik dan pemimpin masyarakat yang ditemu ramah Berita Minggu (BM).



Pemikiran berkembang itu perlu dilengkapi bantuan serta sokongan daripada badan bantu diri bagi memastikan tiada yang keciciran dalam perjalanan tersebut, terutama sekali dalam persekitaran masa depan yang mencabar dan tidak menentu, kata mereka.



Selaras dengan itu, usaha memperkukuh perpaduan sosial serta mempertingkat daya tahan masyarakat pasca-Covid ini perlu diteruskan, menurut Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid.



"Masyarakat kita boleh melibatkan diri dalam lebih banyak lagi aktiviti yang boleh mengukuhkan perpaduan sosial dan meningkatkan daya tahan sosial kita pasca-Covid ini.



"Perpaduan sosial adalah pemacu yang amat penting bagi kemakmuran dan daya saing jangka panjang.



"Ini dapat membantu masyarakat kita memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kewangan dalam mengurangkan impak dari inflasi mahupun ketidaktentuan ekonomi sejagat," katanya sambil menambah AMP bersedia memperkenalkan program atau inisiatif baru mengikut keperluan masyarakat.



Pada masa yang sama, masyarakat Melayu/Islam juga perlu menetapkan visi bagi mencapai matlamat yang diinginkan, kata Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim.



"Covid-19 telah membawa bersamanya cabaran dan juga peluang dan ramai antara kita diberi kesempatan untuk mempelajari kemahiran baru, seperti mendalami keupayaan digital.



"Pengalaman menghadapi pandemik global ini telah membina daya tahan kita dan terapkan keinginan dalam diri kita untuk menimba kemahiran baru atau pertingkat kemahiran sedia ada.



"Bagi mempersiapkan diri untuk menggarap peluang tersedia, kita perlu tahu ke mana arah yang dituju, tetapkan matlamat dan bertindak secara konsisten bagi mencapai matlamat tersebut," katanya.



Menekankan peranan penting yang dimainkan badan bantu diri seperti PPIS dalam membantu masyarakat mencapai matlamat tersebut, Cik Hazlina berkata badan-badan perlu terus memastikan ia dapat memenuhi keperluan masyarakat yang berubah.



Kata Cik Hazlina: "Etos kami tetap sama, iaitu untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya semua anggota masyarakat mempunyai akses kepada peluang yang tersedia. Ini akan dilakukan melalui kerjasama bersama anggota masyarakat dan juga sektor awam serta swasta.



"PPIS akan terus menawarkan khidmat melalui pusat-pusat kami untuk menggalak, membangun dan mengekalkan kesejahteraan unit keluarga supaya mereka dapat menyumbang kepada kemajuan negara."



Badan bantu diri juga perlu peka dengan keadaan dan keperluan masyarakat, menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Aidaroyani Adam.



Katanya: "Mendaki akan terus menawarkan pendekatan komprehensif dalam mempertingkat peluang pekerjaan serta daya kerja masyarakat Melayu tahun ini.



"Ini merupakan sebahagian daripada komitmen Mendaki untuk mengukuhkan lagi keupayaan dalam menawarkan khidmat yang memenuhi keperluan masyarakat.



"Bersama dengan rakan kongsi yang lain, kami akan terus melengkapi usaha di peringkat nasional untuk memperkasa masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >