SPH Logo mobile
Langgan|

Nyah Sepi

Nyah Sepi

Jul 16, 2023 | 5:30 AM

Nyah Sepi

HENING: Suasana sepi dan tenang dirasai di kawasan Pusara Abadi (Gambar hiasan).
HENING: Suasana sepi dan tenang dirasai di kawasan Pusara Abadi (Gambar hiasan). - Berita Harian

Akulah yang melihat

bunga-bunga layu di atas

taman bersama pusara

kenangan yang terbiar

semakin dilupakan

sewaktu aku

mengutip bunga-bunga layu itu

aku terbau kewangian

yang masih berbaki dan segar

dalam saku ingatan ini

kutinggalkan taman itu

setelah sayap sepi mengajakku

terbang jauh dari situ

bersama wangi yang masih

berbaki untaian kasihmu

di penghujung kerinduan.

ISMAIL HASHIM

(Warisan Puteri, Negeri Sembilan)

Laporan berkaitan
Raga Yang KecundangJun 30, 2023 | 9:33 PM
Bukankah BegituMay 15, 2023 | 5:31 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg