Raja rimba masih teguh berdiri

menghadap ribuan mergastua

di atas permaidani rerumputan keramat

nada-nada sinis mencabar

mampukah membina kota

pada bumi halus bertitik merah

Merenung samudera esok

menghela bayu harapan

dari Laut China Selatan

dan Selat Melaka

pandangannya melangit

bulan sabit dan lima bintang bundar

mengukir selingkar cahaya

jiwanya mengaum yakin

hebatnya semut kerana bersatu

Majulah!!!

Muhammad Husin Masnin

Laporan berkaitan
Ku dakap MerdekaAug 15, 2023 | 4:14 PM
Puisi Cinta KemerdekaanAug 5, 2023 | 12:59 PM