Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pegawai ICA dapat biasiswa sambung belajar penuhi impian yang tertangguh

Aug 03, 2023 | 03:30 PM



Impian Encik Muhamad Izuan Muhamad Ismail adalah untuk melanjutkan pelajaran setelah tamat pengajian diploma di politeknik dan menjalani perkhidmatan negara.

Namun, kerana komitmen dan keinginan untuk membantu menyara keluarga, beliau mengutamakan pekerjaan yang stabil.

Maka bermulalah perjalanannya selama 11 tahun bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Inspektor Pusat Pemeriksaan (1) Muhamad Izuan berkata beliau selalu berminat untuk lebih memahami bagaimana Singapura sebenarnya mempertahankan sempadannya walaupun merupakan negara kecil.

“Setelah menyertai (ICA) dan mempelajari serta terdedah kepada banyak peranan, baru saya sedar bahawa ia sebenarnya satu seruan... suatu yang menjadi minat saya iaitu dalam keselamatan sempadan,” kata beliau.

Baru-baru ini, hajat Encik Muhamad Izuan, 35 tahun, iaitu untuk menyambung pelajarannya tercapai jua apabila beliau dianugerahkan Biasiswa Ijazah Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Beliau berbesar hati menerima biasiswa itu dan berkata keluarganya tumpang gembira dan amat menyokong kerana tahu bahawa beliau benar-benar dambakan peluang tersebut.

Bermula sebagai pegawai pemeriksaan utama di Pusat Pemeriksaan Woodlands yang memeriksa pasport pengunjung yang keluar masuk Singapura, beliau kini eksekutif perancangan perkhidmatan Divisyen Perkhidmatan dan Perhubungan Korporat ICA yang bertanggungjawab menangani maklum balas daripada orang awam. 

Sepanjang perjalanannya, Encik Muhamad Izuan diberi peluang menceburi pelbagai peranan, termasuk sebagai pakar penganalisis imej, yang membolehkannya bekerjasama dengan individu berbeza dan pada masa yang sama membolehkan beliau meraih pengetahuan tentang fungsi-fungsi ICA yang berlainan.

Ketika ditanya tentang pengalaman yang paling tidak dapat dilupa, beliau menyebut kes pertama yang ditanganinya sebagai penganalisis imej – beliau mengesan rokok kontraban dalam lori, dan memeriksa lori itu secara fizikal.

“Ia mengambil masa yang lama untuk menjejakinya... lebih sejam... tapi saya tahu ada yang tak kena, jadi saya beritahu mereka (pegawai lain), usah putus asa dan terus memeriksa dan akhirnya kami menemuinya (rokok kontraban),” ujar anak kedua dalam keluarga empat beradik itu.

Dengan biasiswa yang diterima, Encik Muhamad Izuan baru-baru ini memulakan pengajian Sarjana Muda dalam keselamatan awam dengan minor di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

“Kursus ini akan membolehkan saya lebih memahami tentang geopolitik dan iklim keselamatan berubah-ubah yang boleh menjejas Singapura. Kita merupakan negara kecil dan penting sebagai pegawai Home Team, kita memantau dunia di sekeliling kita supaya dapat melindungi negara kita dengan lebih baik,” jelasnya.


Membuat peralihan kembali ke sekolah sebagai mahasiswa sepenuh masa, bapa dua anak itu berkata isteri dan keluarganya banyak memberinya sokongan.

“Anak-anak saya adalah salah satu motivasi saya untuk belajar. Saya mahu menjadi contoh teladan buat mereka, memupuk nilai belajar dalam diri mereka supaya mereka faham bahawa pembelajaran tidak akan pernah berhenti,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >