Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir 250,000 berlepas dari S’pura melalui Woodlands dan Tuas pada 1 Jun, tertinggi sejak sempadan buka semula

Jun 2, 2023 | 3:32 PM
KESESAKAN TRAFIK: Kenderaan meninggalkan Singapura menuju ke Malaysia pada 27 Mei 2023.
KESESAKAN TRAFIK: Kenderaan meninggalkan Singapura menuju ke Malaysia pada 27 Mei 2023. - Foto fail

HAMPIR 250,000 orang berangkat dari Singapura melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada Khamis, menjadikan ia jumlah tertinggi sejak sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula pada April 2022.

Ini disebabkan hujung minggu panjang Vesak Day ditambah lagi dengan cuti sekolah Jun, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Agensi itu menambah bahawa trafik dijangka kekal sesak di kededua pusat pemeriksaan darat dengan kesesakan lalu lintas berterusan dari pusat pemeriksaan Malaysia bagi pengguna jalan raya yang berlepas dari Singapura.

ICA berkata: “Mereka yang ingin berangkat ke Malaysia atau memasuki Singapura menerusi pusat pemeriksaan darat menerusi kereta atau bas, dinasihati agar mengambil kira masa menunggu tambahan bagi pelepasan imigresen.

“Kami juga memohon kerjasama dan persefahaman pengunjung agar bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, mengekalkan disiplin lorong, dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat.”

ICA menasihati para pemandu agar memeriksa keadaan trafik di laman Facebook ICA bagi maklumat terkini.

Trafik sesak telah dilaporkan di pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia sejak sekatan perjalanan, yang dikenakan sewaktu pandemik Covid-19, ditiadakan.

Sewaktu hujung minggu Good Friday pada April, hampir 1.4 juta orang merentas pusat pemeriksaan darat, dengan purata kira-kira 350,000 lintasan setiap hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg