Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pegawai SCDF kembali ke sekolah lepas 15 tahun, anak sumber motivasi lanjut pengajian

Aug 03, 2023 | 06:18 PM



Walaupun sudah berpengalaman hampir dua dekad dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), sifat beliau yang dahagakan ilmu pengetahuan dan ingin terus mempertingkat diri jelas terserlah.

Maka tidak hairanlah Kapten (2) Mohamed Riduan Mohamed Akbar, 40 tahun, merebut peluang kembali ke sekolah tiga tahun lalu untuk melanjutkan pengajiannya meskipun sudah sekian lama meninggalkan sekitaran tersebut.

Ternyata, usaha gigihnya berbaloi kerana Kapten (2) Riduan menerima Anugerah Pengajian Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) (possiswazah) baru-baru ini.

Dengan anugerah tersebut, pegawai akan mendapat bayaran balik sehingga 80 peratus daripada yuran kursus bagi program yang relevan kepada tugas mereka.

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur atas anugerah ini, tetapi menerima Anugerah Pengajian juga menjadi sebuah peringatan bahawa ini adalah satu amanah untuk meneruskan pekerjaan saya dengan lebih tekun,” ujarnya.

Beliau sudah selesai mengikuti program ijazah sarjana dalam pemasaran dengan pengkhususan dalam pemasaran digital di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Mengimbas pengalamannya dalam SCDF yang bermula sejak perkhidmatan negara, Kapten (2) Riduan berkata ia sungguh bermakna.

Pada awalnya, beliau akui bahawa beliau tidak tahu banyak tentang skop pekerjaannya.

Bagaimanapun, seiring dengan pelaksanaan tugasnya, minat terhadap kerja tersebut semakin berputik dan beliau berupaya menyumbang secara bermakna kepada SCDF.

Bagi beliau, pembelajaran sepanjang hayat dan peningkatan diri yang berterusan adalah penting.

“Tiada yang mudah dalam hidup ini, anda perlu usaha gigih dan berdisiplin.

“Saya tahu saya perlu meningkatkan diri kerana landskap komunikasi telah berubah. Sebagai contoh, 20 tahun yang lalu, analitik media sosial tidak wujud, tetapi sekarang ia penting untuk diketahui terutamanya dalam peranan saya,” katanya yang kini pegawai perhubungan awam di SCDF.

Sebelum ini, beliau meraih ijazah perhubungan di MDIS dengan kerjasama universiti Australia pada 2007.

Berkongsi motivasi di sebalik mengejar ijazah sarjana, Kapten (2) Riduan berkata harapannya adalah untuk menjadi contoh positif kepada anak-anaknya.

Beliau mahu menekankan nilai sentiasa mempertingkat kemahiran dan memperluas pengetahuan.

Namun, mengimbangi komitmen sekolah, pekerjaan, dan keluarga tentu sekali bukan mudah bagi bapa dua anak itu yang menuntut pengajian sarjana separuh masa.

Justeru, beliau mengambil masa tiga tahun berbanding dua tahun untuk menamatkan kursusnya.

“Saya percaya penting untuk tidak terburu-buru. Sebagai contoh, terdapat banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul. Saya tahu saya harus belajar dengan tekun dan mengambil masa untuk benar-benar memahami kelas-kelas tersebut,” katanya positif.

Berkongsi pengalaman kembali ke bilik darjah selepas sekian lama, Kapten (2) Riduan mendapati perbezaan yang ketara dalam interaksi dan dinamik kerja.

“Perbualan kami lebih jelas dan ekspresif. Ini mungkin kerana kebanyakan daripada kami lebih matang dan kami tidak membuang masa. Saya menggalakkan semua orang yang mempunyai keinginan melanjutkan pelajaran mereka untuk mengambil peluang tersebut,” ujarnya.

Walaupun menghadapi cabaran disebabkan peralihan mendadak kepada pembelajaran dalam talian di tengah-tengah pandemik Covid-19, sokongan daripada rakan kerja banyak membantunya.

“Saya bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh rakan kerja saya yang banyak memberi semangat, anak-anak saya yang menjadi pendorong saya dan rakan saya yang sentiasa sedia membantu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >