Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Pelajar terbaik teater Nafa mahu sumbang bakat kepada masyarakat

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



KALAU ada yang menyangka seni lakon atau bidang teater hanya hobi yang mengajar erti disiplin dan kesabaran, Encik Amirul Mukminin Abdullah, 20 tahun, pula melihatnya sebagai wadah kreatif yang mampu mencorak pemikiran masyarakat.



Itulah sebabnya pelajar terbaik kursus Diploma Teater (Drama Inggeris) dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) itu menjadikan bidang itu sebagai sumber mata pencarian dan penerokaannya.



Encik Amirul merupakan penerima Hadiah Buku Wu Tsung Kan, yang disampaikan kepada pelajar contoh dengan pencapaian menyeluruh.



Beliau telah menerima hadiah buku itu di acara Majlis Tamat Pengajian Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) 2022 yang berlangsung pada 28 September lalu.



Encik Wu Tsung Kan, mantan pengetua Nafa dari 1979 hingga 1988, telah menyumbang sejumlah wang bagi Hadiah Buku itu sempena ulang tahunnya yang ke-97 pada tahun 2016



Ketika ditemui Berita Harian (BH), Encik Amirul, yang juga penerima Biasiswa Bakat Ngee Ann Kongsi dari 2019 hingga tahun ini, menyatakan bahawa beliau percaya bahawa persembahan dan pementasan teater boleh mengetengahkan isu-isu sosial yang amat relevan dalam kalangan masyarakat.



"Ia menjadi suatu kenderaan untuk perubahan; supaya lebih ramai orang awam menyedari dan dimaklumkan mengenai isu-isu sosial, ataupun sekurang-kurangnya, mendapat perspektif yang baru ketika mereka menonton persembahan teater itu.



"Menyaksikan cerita yang menyentuh hati di dalam ruang dan tempat yang sama, bersama para penonton yang lain secara langsung, memberikan pengalaman bersama dan dapat mengeratkan hubungan masyarakat," ujar beliau, yang juga pelajar diploma separuh masa di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri dalam jurusan Pengajian Islam sejak 2019.



Walaupun beliau seorang penggiat teater, banyak karya-karya peribadinya telah dihasilkan di luar bidang teater seperti penulisan puisi, pameran seni dan juga filem pendek.



Beliau telah memilih untuk melanjutkan pelajarannya di Nafa di dalam bidang teater kerana cintanya pada seni.



"Dari kecil saya memang dapat merasakan bakat saya terletak dalam bidang kreatif, maka saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri saya sepenuh masa dan komited sehingga dapat menjadikannya sebagai kerjaya," kata beliau, yang akan menjalani perkhidmatan negara (NS) pada akhir Oktober ini.



Apabila ditanya apa yang menjadi motivasi dan inspirasi bagi beliau untuk sentiasa berada dalam Senarai Dekan dari 2019 hingga tahun ini, beliau menyatakan bahawa motivasi utamanya adalah untuk memartabatkan nama dan bangsa masyarakat Melayu/Islam.



"Saya mengenali bahawa perjalanan saya masih jauh, tetapi setiap anugerah atau pengiktirafan yang saya terima sepanjang perjalanan ini adalah untuk menunjukkan bakat dan berkebolehan anak bangsa kita dan ia tidak sepatutnya dipandang rendah," ujar beliau, yang ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sosiologi di universiti tempatan setelah tamat menjalani NS.



Namun, kejayaan Encik Amirul tidak datang dengan senang. Beliau harus bijak mengatur jadualnya bagi meluangkan masa untuk keluarga, tugas sekolah dan pengajian agama.



"Penjagaan kesihatan mental telah menjadi satu cabaran besar dan saya menghadapi tekanan dan kemurungan yang perit kerana menghadapi kesusahan untuk mencari masa peribadi bagi menenangkan fikiran dan mengambil masa untuk berehat," ujar beliau yang gemar musik, terutamanya genre rap dan hip-hop.



Kini, beliau berhasrat untuk menyambung kerjaya seni sebagai seorang penulis dalam segala bentuk dan medium.



"Saya harap saya akan berpeluang untuk menyumbang kepada masyarakat Melayu/Islam dan juga masyarakat seni Singapura, supaya ia lebih berkembang dan mencapai matlamat yang lebih besar," ujar beliau, yang turut menyatakan bahawa semua karya seni beliau mempunyai unsur-unsur kemelayuan dan menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman seorang minoriti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >