SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pelarian Gaza tak putus harapan...

Pelarian Gaza tak putus harapan...

Nov 26, 2023 | 5:30 AM

Pelarian Gaza tak putus harapan...

TETAP TABAH: Encik Akmal Galeb Abu Khodra, 59 tahun, berkata beliau dan keluarganya tidak pernah putus harapan untuk kembali ke Gaza walau hidup mereka kini penuh cabaran.
TETAP TABAH: Encik Akmal Galeb Abu Khodra, 59 tahun, berkata beliau dan keluarganya tidak pernah putus harapan untuk kembali ke Gaza walau hidup mereka kini penuh cabaran. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI

Di tengah-tengah konflik yang memuncak di Gaza, bapa tiga anak, Encik Akmal Galeb Abu Khodra, 59 tahun, membawa keluarganya ke Hospital Nasser tidak jauh dari rumah mereka di Khan Yunis, sebuah kota di selatan Jaluran Gaza.

Sangkanya, hospital itu boleh memberi keluarganya tempat perlindungan lebih selamat.

Namun, tidak lama selepas mereka berpindah ke sana, pada 10 Oktober, satu serangan udara berlaku berhampiran hospital, mencederakan anak-anaknya.

“Saat itulah saya sedar kami tidak lagi selamat di mana-mana sahaja di Gaza,” ujar Encik Akmal. “Saya telah mengalami beberapa peperangan, tapi ini adalah yang paling dahsyat.”

Terdesak, Encik Akmal menghubungi kedutaan Mesir pada 21 Oktober untuk menggunakan ikatan kekeluargaan di Mesir – ibunya berasal dari sana – untuk memohon kebenaran membawa keluarganya ke Mesir.

“Saya mendapat tahu saya mempunyai peluang untuk menyeberangi sempadan,” katanya.

Penantian sehingga hari ke-17 akhirnya bawa sinar harapan.

“Saya melihat nama kami dalam senarai yang dibenarkan menyeberangi sempadan,” kata Encik Akmal, bercakap dengan Berita Minggu (BM) semasa ditemui di Kahirah, Mesir, baru-baru ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg