Pameran dwibahasa, ‘Becoming Lim Tze Peng’ (Menjadi Lim Tze Peng), mengajak pengunjung menjejaki evolusi artistik pelukis tertua Singapura yang masih hidup dan aktif melukis – Lim Tze Peng, 103 tahun.

 
Ia pameran solo pertama yang dianjurkan oleh Galeri Nasional Singapura bagi mengiktiraf penerima Pingat Kebudayaan 2003 dan Pingat Jasa Gemilang 2016 itu.