Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pemandangan aurora pukau penduduk dunia untuk malam kedua

Fenomena semula jadi langit bercahaya berwarna-warni akibat ribut suria
May 13, 2024 | 05:47 PM



WASHINGTON: Orang ramai di beberapa negara – dari Amerika Syarikat hingga ke Tasmania di Australia – menikmati pemandangan menakjubkan langit bercahaya berwarna-warni pada 11 Mei, iaitu malam kedua berturut-turut.


Fenomena cahaya yang dipanggil aurora borealis itu, yang dapat juga dilihat di Bahamas pada malam sebelumnya, terjadi akibat ribut suria yang kuat di angkasa.


Kejadian alam yang dijangka berterusan hingga 12 Mei itu mencetus pertunjukan cahaya menakjubkan di angkasa, yang biasanya hanya dapat dilihat di bahagian utara bumi, sekali gus diberikan julukan northern lights, atau cahaya utara.


Fenomena serupa yang berlaku di Australia dan New Zealand dipanggil aurora australis, atau southern lights


“Saya dapat menikmati pemandangan malam menakjubkan yang bersejarah ini di Perancis... (malam ini) benar-benar dipenuhi partikel matahari dan emosi,” ujar pakar astrofizik di balai cerap Observatoire de Cote d’Azur, Encik Eric Lagadec, yang menulis di media sosial selepas menyaksikan aurora tersebut pada malam pertama.

Beliau menasihatkan orang ramai yang ingin menyaksikan aurora borealis supaya “mencari tempat baik, jauh daripada cahaya, dengan pemandangan jelas ke utara”, lapor The Straits Times.


Pada malam 11 Mei, gambar-gambar keindahan aurora sekali lagi mula muncul di media sosial, sedang ramai penduduk di Amerika menceritakan pengalaman melihatnya, walaupun ia tidak sekuat seperti pada malam 10 Mei.


Yang pertama daripada beberapa lonjakan jisim korona (CME), iaitu pengeluaran plasma dan medan magnet dari matahari, berlaku sejurus selepas 1600 Waktu Min Greenwich (GMT) (tengah malam di Singapura) pada 10 Mei, menurut Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (SWPC) Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Nasional (NOAA) yang berpangkalan di Amerika.

Ia kemudiannya dipertingkat kepada ribut geomagnet “ekstrem”, yang pertama sejak ‘Ribut Halloween’ pada Oktober 2003, yang menyebabkan bekalan elektrik terputus di Sweden dan merosakkan prasarana jana kuasa di Afrika Selatan.

Namun, tiada gangguan besar terhadap rangkaian kuasa atau komunikasi dilaporkan kali ini, walaupun terdapat kebimbangan awal daripada pihak berkuasa.

Hanya terdapat “beberapa laporan awal mengenai grid tenaga elektrik tidak teratur, penurunan komunikasi frekuensi tinggi, (teknologi penjejakan) GPS dan mungkin navigasi satelit,” lapor SWPC.

Pemilik syarikat khidmat komunikasi satelit Starlink, Encik Elon Musk, yang mempunyai sekitar 5,000 satelit di orbit rendah bumi, berkata satelitnya mengalami “banyak tekanan, tetapi sejauh ini masih bertahan”.

Kegembiraan orang ramai menyaksikan fenomena aurora, dan pelbagai gambar langit malam berwarna merah jambu, hijau dan ungu, muncul di seluruh dunia, dari Mont Saint-Michel di pantai Perancis hingga ke Payette, Idaho di Amerika, dan pulau Tasmania.

Encik Brent Gordon daripada NOAA menggalak orang ramai agar merakam langit malam dengan kamera telefon walaupun mereka tidak dapat melihat aurora dengan mata kasar.

“Anda akan kagum dengan apa yang anda lihat dalam gambar itu berbanding apa yang anda lihat dengan mata anda,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >