Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Penceramah AS, Yasmin Mogahed sentuh kesihatan mental, rohani dalam ceramah pada Ogos

Jul 26, 2023 | 05:30 AM



Pakar motivasi popular Amerika Syarikat yang sering muncul dengan dakwah ringkasnya dalam klip-kilp video di media sosial, Cik Yasmin Mogahed akan berada di Singapura untuk menyampaikan ceramah dua harinya pada Ogos.

Beliau akan menyentuh tentang penakatan dalam menghadapi trauma berdasarkan ajaran Al-Quran dan panduan mengawal emosi demi kesejahteraan hidup dalam acara yang berlangsung di Suntec City Singapore, anjuran butik tempatan, Kaifiyyah.

Tajuk Survivor: A Quranic Study of Trauma & Narcissism akan disampaikan pada 25 Ogos dari 5 petang hingga 11 malam sementara tajuk Healing The Emptiness: A Guide to Emotional & Spiritual Well-Being disampaikan pada 26 Ogos dari 9 pagi hingga 5 petang.


Menurut penganjur, peserta boleh mendapatkan tiket untuk mengikuti acara itu pada salah satu tarikh itu atau pada kededuanya sekali memandangkan penceramah itu akan membuat liputan tajuk yang berbeza.

Pengasas Kaifiyyah, Cik Kat Aziz berkata beliau berbesar hati apabila Cik Yasmin, yang mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram dan ratusan ribu lagi di Twitter dan Facebook, menyambut undangannya ke Singapura. Beliau percaya bukan hanya beliau yang telah terkesan dan terinspirasi setelah membaca buku-buku karangan Cik Yasmin, bakan juga ramai pengikutnya yang lain. Ceramah itu, katanya, selaras dengan usaha untuk mempromosikan dan menyampaikan kepentingan kesihatan mental dan rohani di kalangan masyarakat di sini.

Cik Yasmin, yang keluarganya berasal dari Mesir, adalah lulusan sarjana muda bidang Psikologi dan Sarjana dalam Kewartawanan dan Komunikasi Massa dari Universiti Wisconsin-Madison.

Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Islam dan telah menulis beberapa buku mengenai Islam, termasuk “Reclaim Your Heart,” yang telah menjadi buku terlaris dalam masyarakat Islam sedunia. Buku itu juga pernah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dengan tajuk “Hati Ini Milikmu” di Singapura dan telah dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob dengan kehadiran Cik Yasmin sendiri, pada 2015 untuk acara amal Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah.

Seorang pendidik di Institut Al Maghrib, dan Al Buruj Press, beliau juga merupakan penulis untuk akhbar Huffington Post, dan pernah menjadi pensyarah jemputan di universiti-universiti terkemuka dunia termasuk Oxford, Harvard, Yale, Stanford, dan banyak lagi di seluruh dunia.


Di samping tugasnya sebagai pendidik, Cik Yasmin juga menyumbangkan khidmatnya dalam pelbagai pertubuhan Islam di Amerika dan telah menjadi pembela memperjuangkan hak-hak umat Islam di negaranya.

Pendekatan beliau dalam berdakwah ialah memberi penekanan kepada tanggungjawab peribadi dan pertumbuhan rohani. Beliau menggalakkan pelajarnya berfikir secara kritis tentang iman mereka dan berusaha untuk memahami Islam dengan lebih mendalam. Beliau juga menekankan kepentingan ihsan dan toleransi dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim.

Tiket untuk ceramah Cik Yasmin boleh ditempah menerusi laman https://kaifiyyah.com/products/yasmin-mogahed-singapore .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >