Perlindungan bagi pekerja platform ke arah masa depan lebih baik
Premium
Perlindungan bagi pekerja platform ke arah masa depan lebih baik
Tidak hanya daripada aspek gaji dan keselamatan, golongan itu turut dibantu tingkat kemahiran
Nov 4, 2024 | 5:30 AM
Pengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East (dua dari kanan), dan anggota jawatankuasa eksekutif Persatuan Pekerja Penghantaran Nasional (NDCA), Encik Mohammad Shaffiee Abdullah, bersembang tentang Rang Undang-Undang Pekerja Platform, bersama Koresponden BH, Cik Irma Kamarudin (kiri); dan Penerbit yang juga Penyampai NoTapis, Cik Natasha Mustafa. - Foto BH oleh KHALID BABA
Dalam tempoh empat tahun bekerja sebagai penghantar makanan, Encik Mohammad Shaffiee Abdullah, sudah mengalami tiga kemalangan berasingan.
Dalam salah satu kemalangan itu, seorang pejalan kaki secara mendadak berjalan di hadapan basikal guna kuasa (PAB) Encik Shaffiee, 43 tahun, menyebabkan beliau terjatuh dan tercedera.
Laporan berkaitan
Suhaimi Yusof dapat ‘mandat’ baru sebagai duta kesedaran strokOct 23, 2024 | 8:06 PM
Pekerja platform kini dilindungi insurans, ada CPFSep 10, 2024 | 8:05 PM

