Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persaingan AS dan China di Timur Tengah dan Asia Tengara kian meningkat

Jun 3, 2023 | 5:30 AM
DI RUMAH PUTIH:  Foto fail, Presiden Joe Biden (tengah) menjadi tuan rumah kepada para pemimpin Asean di Rumah Putih, yang menghadiri Sidang Puncak Khas AS-Asean, pada 12 Mei 2022..
DI RUMAH PUTIH: Foto fail, Presiden Joe Biden (tengah) menjadi tuan rumah kepada para pemimpin Asean di Rumah Putih, yang menghadiri Sidang Puncak Khas AS-Asean, pada 12 Mei 2022.. - EPA-EFE

Bouchaib Silm

TAHUN 2022 menyaksikan semakin meningkatnya minat kuasa-kuasa besar – Amerika Syarikat (AS) dan China, dalam ehwal negara-negara Indo-Pasifik, pulau-pulau dan negara-negara Asia Tenggara (Asean).

Perkembangan ini boleh diistilahkan sebagai geopolitik Asia, terutamanya dan konflik antara Amerika dan China.

Kedua-dua kuasa besar ini berusaha ke arah memperkukuh pengaruh ekonomi dan politik dan mendampingi sekutu-sekutu di rantau itu.

Tetapi, pada masa yang sama, peralihan ini meninggalkan kesan kepada dunia serta Timur Tengah terutamanya, kerana hubungan rapatnya dengan AS.

Pada April 2022, China memeterai perjanjian keselamatan dengan Kepulauan Solomon yang mendorong satu delegasi peringkat tinggi institusi ketenteran Amerika berkunjung ke negara pulau itu, bagi menggesa kepimpinannya supaya keluar daripada perjanjian dan, pada masa yang sama, menawarkan pembukaan semula kedutaan Amerika setelah 29 tahun, dan menawarkan lebih banyak bantuan.

Sebulan kemudian, menteri luar China berkunjung ke lapan buah pulau di Pasifik itu dan memeterai beberapa perjanjian dalam bidang-bidang ekonomi, pertanian dan beberapa lagi kepentingan kedua-dua pihak.

Persaingan antara dua kuasa besar ini bukan saja terbatas kepada negara-negara pulau di Pasifik. Asia Tenggara juga menjadi sebahagian daripada perebutan mereka.

Pada Mei 2022, Presiden Encik Joe Biden mengundang para pemimpin negara Asia Tenggara ke Rumah Putih, yang membuka kepada satu dimensi baru dalam hubungan Amerika dan Asean.

Dimensi baru ini, malah diperkukuh kemudiannya semasa Sidang Puncak AS-Asean yang ke-10 di Kemboja pada November 2022, di mana kedua-dua pihak meningkatkan hubungan mereka dalam satu pakatan Rakan Strategik Komprehensif (CSP).

Tetapi China juga berada di Asia Tenggara. Pada Julai 2022, Menteri Luar China perkenalkan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) di Sekretariat Asean di Jakarta, bagi memperkukuh pendekatan China terhadap persekutuan itu dan serantau.

Sebagai memberi respons terhadap persaingan antara dua kuasa itu untuk mempengaruhi negara Indo-Pasifik dan rantau Asia Tenggara, kesemua negara di rantau tersebut menzahirkan keperihatinan mereka berkaitan persaingan yang semakin meningkat.

Dalam beberapa kesempatan, negara-negara berkenaan menzahirkan keinginan mereka untuk mengelak daripada menyebelahi mana-mana kuasa besar dan berharap keinginan mereka dihormati untuk kekal berkecuali dan tidak terlibat dalam sebarang konflik atau perselisihan.

Tumpuan luar biasa Amerika di Asia memberi kejutan kepada banyak negara di rantau ini, kerana sifat hubungn antara kedua pihak itu yang mencakup pelbagai aspek kehidupan, ekonomi, politik dan keselamatan.

Bagaimanapun, peralihan ini, dalam jangka pendek menjadi satu realiti yang tidak boleh dinafikan.

Beberapa pendapat di rantau ini menyatakan, kekosongan kuasa besar di rantau ini akan menjurus kepada munculnya kuasa besar yang lain, malah beberapa kuasa besar lagi untuk mengambil tempat Amerika.

Pendapat yang lain pula agak lebih pesimis, dan mengatakan bahawa dengan ketiadaan kuasa besar asing di rantau itu, seperti Amerika, rantau itu akan menjadi satu medan konflik yang baru.

Tetapi pandangan yang lain lagi, melihat perkembangan baru-baru ini, satu peluang bersejarah bagi Timur Tengah dan Asia untuk meningkatkan perdagangan dua hala mereka, perniagaan dan perhubungan.

Dari satu sudut, kepentingan Amerika terhadap Dunia Arab dan Timur Tengah sejak 1950-an, adalah untuk membendung sekutu Soviet Union di rantau itu, jaminan mendapatkan sumber tenaga, terutama bekalan minyak dan untuk membantu negara Israel.

Sebelum 1945, kewujudan Amerika di rantau ini berkisar kepada mubaligh agama serta individu yang didorong oleh keinginan untuk meneroka minyak di rantau tersebut.

Tetapi dalam hubungan ini, selalunya berakhir dengan kekaguman dan kekecewaan. Sedang gaya hidup rakyat Amerika telah dapat menawan majoriti penduduk di rantau itu, pendekatan Amerika terhadap rantau itu pula turut mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati.

Dari satu sudut lain pula, Inisiatif Belt and Road, atau One Belt One Road yang dilancarkan oleh Presiden China, Encik Xi Jin Ping, pada 2003 bertujuan, satu daripadanya adalah untuk memulihkan zaman keemasan perdagangan lama Asia dan Timur Tengah. yang dikenali sebagai Jalur Sutra (Silk Road).

Jalur Sutera ini amat terkenal sebagai laluan perdagangan ketamadunan China purba dan membolehkan para pedagang China, Asia Tengah dan Timur Tengah mengangkut barangan seperti kosmetik, tumbuhan yang jarang ditemui, ubat-ubtan, aromatik, kayu rempah ratus, buku-buku dan lain-lainnya.

Tetapi sutera adalah merupakan produk yang paling penting kerana orang-orang Rome dan Arab amat menggemarinya.

Persaingan kuasa besar yang sedang berjalan sekarang, untuk memenangi hati dan minda penduduk Asia dan Timur Tengah, mungkin sudah ditelan zaman. Sebaliknya, nasib Asia dan Timur Tengah boleh bersinar dan makmur dari dalam, sebelum ia berkembang di luar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg