Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Persatuan dibentuk gabung bakat perubatan tradisional Melayu

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



VISI mereka jelas - untuk jadikan perubatan tradisional Melayu dikenali dan diiktiraf setanding perubatan tradisional Cina (TCM) dan perubatan tradisional Ayurveda.



Oleh itu, meskipun menyatukan semua pakar perubatan tradisional Melayu di sini bukanlah suatu usaha yang mudah, ia bukan penghambat sekumpulan pakar terapi di sini menubuhkan Persatuan Perubatan Warisan Melayu.



Kini dianggotai sekitar 80 pakar terapi dan perubatan Melayu tradisional, persatuan itu telah pun didaftar secara rasmi Februari lalu di bawah Pendaftaran Pertubuhan Singapura.



Berkongsi bagaimana tercetus idea mewujudkan badan sedemikian, Presiden Persatuan Perubatan Warisan Melayu, Encik Zainal Abidin Abdul Rahman memberitahu Berita Harian:



"Bila saya mula berjumpa dan berbual dengan ramai tukang urut, timbul kesedaran bahawa kami tidak begitu teratur... ramai di antara kami orang Melayu kebanyakannya merupakan peniaga bersendirian dari rumah.



"Jadi kami berbincang bahawa kami harus membentuk persatuan untuk mewakili kami, untuk dapat latihan yang lebih baik, untuk melakukan pemasaran yang lebih baik dan perkara-perkara seperti itu... begitulah ia bermula."



Menurut Encik Zainal, 72 tahun, antara matlamat ditubuhkan persatuan itu ialah untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap perubatan Melayu tradisional.



"Ada sesetengah orang Melayu sendiri mempunyai tanggapan kurang elok terhadap tukang urut tradisional - mereka curiga terhadap tukang-tukang urut dan berfikiran bahawa mereka ada bawa jin, bawa barang... macam kononnya ada aura mistik.



"Jadi kami ingin menaik taraf jenama ahli terapi kami, mempunyai latihan yang lebih baik, pastikan kami lebih teratur dan juga membantu mereka menubuhkan kedai urut mereka sendiri," katanya.



Encik Zainal menjelaskan bahawa meningkatkan pengiktirafan perubatan Melayu tradisional ke tahap seperti TCM merupakan satu aspirasi.



"Ia merupakan aspirasi yang tidak tertakluk pada jangka masa yang ditetapkan... mungkin 20, 40 tahun, dan jika tidak setaraf dengan TCM sekali pun, setidak-tidaknya perubatan tradisional Melayu akan dihormati atas apa yang dapat ia tawarkan ," ujar beliau.



Selain itu, melalui persatuan tersebut, beliau harap lebih banyak kajian dalam bidang perubatan tradisional Melayu dapat dilakukan. Katanya:



"Kami berhasrat memperkemas dan menyeragamkan kurikulum pengajaran serta menjalankan lebih banyak penyelidikan."



Persatuan Perubatan Warisan Melayu mempunyai anggota pelbagai kepakaran termasuk yang melakukan urutan tradisional, bekam dan urutan bersalin.



Bidan dan pakar terapi, Cik Johrah Abdul Hamid, 59 tahun - yang sudah mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam urutan tradisional bagi wanita hamil - berkata beliau mula menceburi bidang tersebut kerana minat terhadap cara perubatan tradisional yang alami.



"Ibu-ibu sekarang kebanyakan mereka kurang faham pantang-larang, petua-petua, jadi kalau ada cara tradisional, kita ajar mereka agar mereka lebih tahu," kata beliau.



Cik Johrah melahirkan harapan agar perubatan Melayu tradisional lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Singapura, Indonesia, Brunei, Malaysia.



"Kalau ada persatuan ini mungkin kita boleh bergabung tenaga dengan persatuan lain di luar negara dan bertukar-tukar fikiran.



"Diharapkan kita dapat sebanyak mungkin ahli dan harap ahli-ahli ini dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain, adakan kursus untuk mereka yang berminat.



"Semua ni untuk anak-anak Melayu Singapura supaya mereka tahu tentang perubatan tradisional ini," tambahnya.



Bersetuju, pemilik Halim Hijama @ SG, Encik Abdul Halim Adam, 39 tahun, berkata, dengan adanya persatuan itu, ia dapat menyatukan semua pakar terapi Melayu/Islam di Singapura di bawah satu bumbung "supaya kita dapat eratkan silaturahim dan kongsi amalan satu sama lain".



"Misalnya, saya buat bekam, saya tidak tahu tentang perubatan yang gunakan herba-herba atau rempah-ratus, tapi ada pakar terapi lain yang tahu, jadi kita boleh berkongsi ilmu.



"Kemudian, dalam pertubuhan ini juga kita dapat bersama-sama menyampaikan mesej yang berkaitan dengan kesihatan kepada masyarakat kita - ini dapat dilakukan dengan lebih mudah kalau kita bersatu.



"TCM, Ayurveda, kiropraktik - mereka ada pertubuhan mereka yang diiktiraf, jadi kita pun nak ada persatuan bagi perubatan Melayu yang diiktiraf setanding dengan mereka," jelas beliau.



Selain itu, menekankan kepentingan adanya persatuan bagi perubatan warisan Melayu, Encik Halim berkata, ia agar lebih ramai masyarakat tahu tentangnya dan supaya ada pelapis masa depan agar warisan ini berterusan dan tidak pupus.




"Ia merupakan aspirasi yang tidak tertakluk pada jangka masa yang ditetapkan... mungkin 20, 40 tahun, dan jika tidak setaraf dengan TCM sekali pun, setidak-tidaknya perubatan tradisional Melayu akan dihormati atas apa yang dapat ia tawarkan."
- Presiden Persatuan Perubatan Warisan Melayu, Encik Zainal Abidin Abdul Rahman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >