Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pertingkat ilmu mendidik sesuai dengan perubahan masa kini

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



Baru-baru ini, seramai 18 warga Singapura dan 11 majikan menerima penghargaan tertinggi atas dedikasi mereka terhadap penguasaan dan pembangunan kemahiran di majlis Anugerah Biasiswa SkillsFuture dan Anugerah Majikan SkillsFuture. Dengan kemunculan teknologi canggih dan dunia serta industri yang berkembang pesat, penting bagi individu terus belajar dan mempertingkat kemahiran supaya dapat kekal relevan dan tidak ketinggalan di belakang. Berikut kisah tiga penerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture yang merupakan pejuang pembelajaran sepanjang hayat. Laporan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).




DAHULU guru sebahagian besarnya menentukan perkara yang mereka mahu ajarkan kepada kanak-kanak di dalam kelas, dengan penglibatan kanak-kanak dalam proses pembelajaran itu sendiri agak terhad.



Namun, kini kanak-kanak memainkan peranan lebih aktif di dalam kelas menerusi pembelajaran berasaskan pengalaman di mana mereka belajar melalui interaksi dengan rakan-rakan untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang diberi, dengan guru menjadi pemudah cara.



Dengan peralihan pedagogi ini dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak, Cik Seri Rahayu Ariff mengambil inisiatif untuk menyertai kursus berkaitan pendekatan bertumpukan kepada manusia supaya dapat membantu mempertingkat lagi sektor itu.



"Ini melibatkan pendekatan pemikiran reka bentuk yang menekankan tentang kerjasama antara rakan sekumpulan untuk berfikir secara kreatif. Ini amat bermanfaat dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak kerana kami perlu kreatif dan inovatif dalam pengajaran di dalam kelas dan perancangan program bagi kanak-kanak.



"Pendekatan ini akan membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaian masalah dan komunikasi," katanya.



Dari situ, dia dan seorang rakan dari Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) mula berkongsi pendekatan itu bersama pendidik lain untuk sama-sama meneroka huraian kreatif demi mempertingkat amalan pembelajaran dan pengajaran mereka.



Tidak setakat berhenti di situ, Cik Seri Rahayu, 50 tahun, kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam kursus Sarjana bidang pendidikan awal kanak-kanak di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Ini supaya dia dapat memperdalam kemahiran dan ilmu dalam teori pembelajaran orang dewasa dan ilmu pedagogi, dan juga pembangunan kanak-kanak.



"Bagi saya, adalah amat penting untuk terus mempertingkat diri dan kemahiran dalam kursus relevan yang boleh memberi manfaat bukan hanya kepada diri saya sendiri, malah orang lain," kata pengetua eksekutif di PCF Sparkletots itu.



Baru-baru ini, Cik Seri Rahayu merupakan antara 18 individu yang menerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture, yang mengiktiraf individu yang merupakan pakar kemahiran dalam bidang masing-masing dan pejuang pembelajaran sepanjang hayat serta komited menjadi mentor kepada orang lain.



Sebagai sebahagian daripada anugerah itu, dia juga menerima hadiah wang $10,000 yang boleh digunakan untuk menyertai kursus peningkatan kemahiran.



"Alhamdulillah, usaha yang saya telah lakukan ini diiktiraf dan dihargai. Juga, anugerah ini akan memberi inspirasi kepada pendidik prasekolah lain untuk terus berkembang maju," katanya.



Tidak sekadar mementingkan peningkatan kemahiran sendiri, Cik Seri Rahayu turut menggalak rakan pendidik prasekolah lain untuk sama-sama terus memajukan diri dan menimba ilmu pengetahuan baru.



Menurutnya, adalah amat penting bagi pendidik kekal relevan, produktif dan cekap untuk menjalankan tugas mereka dalam dunia hari ini.



Cik Seri Rahayu menambah bahawa dia akan menggunakan hadiah wang yang diterimanya itu untuk membiayai sebahagian kos kursus sarjana yang sedang diikutinya kini.



Tambahnya, pembelajaran tidak akan pernah berhenti sepanjang hayat dan ini adalah satu pengalaman yang penting.



"Ini demi kebaikan kita. Adalah penting untuk sentiasa mempertingkat diri untuk kekal relevan dalam industri ini. Apabila kita kekal relevan, kita akan ada dorongan untuk melakukan lebih banyak lagi usaha dan dengan lebih baik lagi.



"Terutamanya dalam dunia hari ini, terdapat banyak perubahan pesat dan kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan mengikuti perkembangan trend terkini," katanya.




Ini melibatkan pendekatan pemikiran reka bentuk yang menekankan tentang kerjasama antara rakan sekumpulan untuk berfikir secara kreatif. Ini amat bermanfaat dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak...



Pendekatan ini akan membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaian masalah dan komunikasi.
- Cik Seri Rahayu Ariff, antara 18 individu yang menerima Anugerah Biasiswa SkillsFuture.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >