Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pilih belajar di Jepun alami budaya berbeza

May 04, 2023 | 05:30 AM



SEDANG ramai pelajar Singapura yang mahu belajar di luar negara mungkin cenderung memilih negara seperti Britain dan Australia, Cik Myra Sasha Puad mengambil pendekatan berbeza dan belajar di Jepun.



Cik Myra telah menjalani pengajian sarjana muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Sekolah Perniagaan Universiti Perdagangan dan Perniagaan Nagoya (NUCB) selama empat tahun.



Beliau, yang kini berusia 25 tahun, akur tidak pernah terlintas di fikirannya untuk belajar di Jepun.



"Saya tidak pernah merancang untuk belajar di Jepun.



"Namun, semasa membuat kajian universiti, saya terbaca tentang Sekolah Perniagaan NUCB yang menawarkan program ijazah dalam Bahasa Inggeris," kongsinya semasa diwawancara oleh Berita Harian.



Dengan program universiti yang memenuhi keperluan pembelajaran yang dicarinya, Cik Myra terdorong untuk belajar di Jepun dengan sokongan ibu bapa beliau.



"Saya memutuskan untuk memilih Jepun untuk melanjutkan pelajaran kerana negara itu unik.



"Di samping mempelajari bahasa baru, Jepun juga sangat kaya dengan budaya dan sejarahnya," tambahnya.



Cik Myra turut berkongsi bahawa teknologi canggih di Jepun dan syarikatnya yang bertaraf antarabangsa, dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang membuktikan bagaimana budaya Jepun berakar berumbi dalam industri perniagaan.



Justeru, ia menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik untuknya.



"Namun, tahun pertama saya di Jepun adalah satu pengalaman yang mencabar kerana bukan sahaja saya mengalami kejutan budaya di negara baru di mana saya perlu menyesuaikan diri, tetapi ia juga kadang-kadang menjadi sunyi," tambahnya, sambil berkongsi bahawa masyarakat warga Singapura sangat kecil dan beliau merupakan satu-satunya pelajar Singapura di sekolah itu.



Tambahan pula, sistem pemarkahan di sekolahnya berbeza dan dinilai oleh penyertaan aktif dalam kelas.



Justeru, ia telah mendorong Cik Myra yang dahulunya pelajar yang pemalu untuk menyertai kelas secara aktif.



Walaupun perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, ia telah membentuk Cik Myra secara positif.



"Saya telah belajar untuk berdikari dengan mengendalikan kehidupan seharian saya seperti hal pentadbiran dan menguruskan rumah saya sendiri, lebih-lebih lagi budaya di Jepun berbeza berbanding di Singapura.



"Mereka terperinci, sopan dan berdisiplin dalam setiap perkara yang mereka lakukan, jadi perlahan-lahan saya mula amalkannya dalam hidup saya."



Selain menumpukan masa pada aspek akademik, masa beliau di Jepun telah mengajarnya untuk mempunyai keseimbangan dalam kehidupan.



"Saya juga meluangkan masa saya melibatkan diri dalam aktiviti sosial dengan rakan sebaya dan juga bermain bola sepak.



"Salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan juga ialah mengembara di Jepun dengan rakan-rakan dalam suasana yang baru," katanya.



Kini, Cik Myra bertugas dalam pembangunan kerjaya sumber manusia, dan meminati kerjanya dalam membantu dan berinteraksi dengan orang ramai.



Pengalaman pahit manis di Jepun tidak akan dilupakannya dan beliau berharap untuk terus mendalami minatnya dalam bidang perniagaan dan sumber manusia.




"Saya telah belajar untuk berdikari dengan mengendalikan kehidupan seharian saya seperti hal pentadbiran dan menguruskan rumah saya sendiri, lebih-lebih lagi budaya di Jepun berbeza berbanding di Singapura."
- Cik Myra Sasha Puad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >