SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rekod baru perhimpunan kompang terbesar S’pura dicapai

Rekod baru perhimpunan kompang terbesar S’pura dicapai

Jun 4, 2023 | 7:18 PM

Rekod baru perhimpunan kompang terbesar S’pura dicapai

PALUAN BERGEMA: Perarakan di acara Pelestarian Seni Kompang anjuran Wisma Geylang Serai bertujuan mengetengahkan kepentingan budaya dan seni kompang dan telah berjaya memecahkan rekod Perhimpunan Kompang Terbesar di Buku Rekod Singapura dengan penyertaan 705 peserta pada Ahad.
PALUAN BERGEMA: Perarakan di acara Pelestarian Seni Kompang anjuran Wisma Geylang Serai bertujuan mengetengahkan kepentingan budaya dan seni kompang dan telah berjaya memecahkan rekod Perhimpunan Kompang Terbesar di Buku Rekod Singapura dengan penyertaan 705 peserta pada Ahad. - Foto-foto WISMA GEYLANG SERAI

KAWASAN di Geylang Serai pada petang Ahad telah bergema hebat dengan paluan kompang oleh ratusan pemain daripada pelbagai peringkat usia dalam acara Pelestarian Seni Kompang – acara yang dianjurkan oleh Wisma Geylang Serai (WGS) dalam usaha untuk mencipta satu rekod baru dalam Buku Rekod Singapura.

Rekod baru yang berjaya dicapai ialah Perhimpunan Kompang Terbesar di Singapura, dengan penyertaan 705 pemain dari pelbagai kumpulan kompang dan kesenian tempatan, mengatasi rekod yang pernah tercatat sebelum ini, menurut seorang jurucakap WGS. Ia bertujuan mengetengahkan kepentingan budaya dan kesenian yang ada pada seni genderang Melayu tradisional Singapura.

Para pemain telah berarak dari Kelab Masyarakat Kampong Ubi, menuju ke Kompleks Tanjong Katong.

Acara telah dihadiri oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, sebagai tetamu terhormat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg