Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

CABARAN, SEMANGAT WANITA DAKI KERJAYA

Kargo udara dikuasai lelaki? ...tidak ada masalah

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



SEJAK hari pertama beliau menceburi industri kargo udara lebih 40 tahun lalu, Cik Noryate Abdul Rahman sudah jatuh cinta dengan tugasnya.



Tugasnya yang tidak memerlukannya duduk menghadap meja sahaja bererti beliau dapat 'turun padang' hampir setiap hari - sesuatu yang sangat dihargai.



"Minat saya terhadap industri kargo udara terputik pada usia muda lagi apabila saya ternampak kakitangan membantu penumpang di lapangan terbang dan seragam mereka juga menarik perhatian saya.



"Saya memohon peranan dalam perkhidmatan penumpang sebagai ejen pengendalian darat tetapi penemuduga merasakan saya lebih sesuai (bagi peranan) dalam kargo," kata beliau.



Cik Noryate, yang enggan mendedahkan usianya, akur rasa agak risau sama ada beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam industri kargo pada awalnya.



Mujur, terdapat seorang jejaka yang banyak membantu dan membimbingnya sepanjang perjalanannya dalam industri tersebut.



"Di situlah saya bertemu suami saya yang banyak membimbing dan mengajar saya banyak perkara tentang industri ini sehingga saya jatuh cinta dengan pekerjaan saya dan dirinya juga," kongsi Cik Noryate.



Pada Jun 1990, beliau menyertai Emirates SkyCargo dan sehingga kini menyandang jawatan sebagai Pengurus Kargo bersama syarikat tersebut.



Tanggungjawab sehariannya termasuk menyelia aktiviti stesen, dari jualan hingga operasi dan ada kalanya, turut campur tangan untuk menangani bil kargo.



Beliau dan pasukannya menjalankan pemeriksaan di darat untuk memastikan keselamatan pesawat.



Mereka juga memastikan semua penerbangan kargo yang berlepas dari Singapura digunakan sepenuhnya dan sumber dimaksimumkan, selain menguruskan penerimaan kargo pada penerbangan masuk dari Dubai dan rangkaian Emirates lainnya.



"Tiada dua hari yang serupa dalam peranan ini. Saya masih belajar perkara baru setiap hari meskipun selepas 32 tahun bersama Emirates SkyCargo.



"Ia merupakan industri yang dinamik dan kuncinya ialah kita harus cepat menyesuaikan diri dengan cabaran, tetapi itulah yang menjadikan tugas ini menarik," katanya.



Ditanya bagaimana pengalaman beliau sebagai seorang wanita yang bertugas dalam industri yang kebanyakannya dipenuhi pekerja lelaki, Cik Noryate berkata perkara itu tidak pernah menghambatnya daripada mengejar cita-cita dalam industri tersebut.



"Saya selalu percaya bahawa tidak kira jantina, jika kita kerja keras dan melakukan yang terbaik dalam tugas kita, kita akan berjaya.



"Idea bekerja dalam industri yang didominasi lelaki mungkin agak menakutkan pada awalnya, tetapi saya fikir dengan saya kekal fokus terhadap tanggungjawab saya dan yakin akan kebolehan saya, ia telah membantu mengatasi sebarang ketakutan yang mungkin ada pada awalnya.



"Yang penting, saya dan pasukan saya, tanpa mengira jantina, bekerjasama ke arah matlamat bersama untuk memastikan pengangkutan kargo kami lancar dan berkesan," ujar beliau yang mahu menggalakkan lebih ramai wanita menyertai industri kargo udara.



Sebagai seorang ibu yang bertugas, Cik Noryate juga memastikan beliau cukup disiplin mengimbangi peranan dan tanggungjawabnya di tempat tugas dan di rumah.



Kata ibu dua anak itu:



"Mengimbangi tanggungjawab saya sebagai ibu yang bekerja memerlukan pengutamaan dan komunikasi.



"Bila anak-anak saya masih kecil dahulu, kebanyakan hujung minggu saya akan luangkan bersama mereka.



"Kami juga memastikan kami akan makan malam bersama setiap malam sebagai satu keluarga.



"Kini, kedua-dua anak saya sudah besar dan sudah bekerja tetapi kami masih mengutamakan makan malam bersama pada setiap peluang yang ada, dan kami juga akan bercuti bersama sebagai satu keluarga setiap tahun."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >