Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Piawaian ketat jamin juadah bazar lazat dan selamat

Bazar Ramadan dan pelbagai juadah yang enak-enak memang tidak dapat dipisahkan. Setiap tahun pelbagai perancangan yang perlu dilakukan terutama dari segi memastikan makanan yang dijual memenuhi keperluan keselamatan kesihatan yang ditetapkan pihak berkuasa. BERITA HARIAN (BH) melaporkan.
Apr 10, 2023 | 05:30 AM



AGENSI Makanan Singapura (SFA) telah mendekati para pengendali dan menjalankan pemeriksaan secara aktif di pameran sementara, termasuk bazar Ramadan, untuk memastikan mereka memenuhi keperluan keselamatan makanan yang ditetapkan.



Dengan bazar Ramadan kini kembali dijalankan secara besar-besaran tahun ini, dan mendapat sambutan yang hebat, pihak berkuasa juga akan mengambil sikap lebih tegas terhadap para peniaga yang melanggar peraturan.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), SFA berkata pihaknya telah menerima sebanyak 19 permohonan untuk pameran sementara berlangsung selama dua minggu atau lebih, sepanjang bulan Ramadan ini.



Dan antara pameran sementara itu yang telah mendapat kelulusan termasuk bazar Kampong Glam dan bazar Geylang Serai, tambah SFA.



Di bawah Akta Kesihatan Awam Sekitaran, semua pengendali pameran sementara perlu mendapat permit daripada SFA sepanjang tempoh pameran.



Permohonan juga harus diserahkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh permulaan.



Kedai makanan dan minuman di pameran sementara juga diperlukan untuk mendapat lesen daripada SFA dan mempunyai pengendali makanan yang telah lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1 yang wajib.



Bagi memastikan keperluan ini dipenuhi, SFA berkata mereka "mengawasi pengendalian pameran sementara seperti pasar malam yang dianjurkan semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan Ramadan, serta pameran ad-hoc yang terletak di kawasan kejiranan utama".



Ini dilakukan dengan menjalankan pemeriksaan fizikal dan operasi yang disasarkan selain beberapa pendekatan yang lain.



SFA juga bekerja rapat dengan penganjur seperti Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC), Jawatankuasa Penduduk (RC), dan Persatuan Rakyat (PA) untuk mempertingkatkan lagi amalan kebersihan makanan.



Sejak 2017, mereka telah bekerjasama dengan PA untuk melaksanakan kawalan seperti memasang kamera TV litar tertutup (CCTV) untuk meningkatkan keselamatan makanan dan memantau keadaan kebersihan di bazar Ramadan.



"Dengan penggunaan CCTV yang dipasang oleh pengendali, pegawai SFA boleh mengenal pasti potensi ketidakpatuhan di pameran sementara dari jauh dalam masa nyata melalui peranti mudah alih.



"Apabila pegawai SFA mengesyaki satu ketidakpatuhan di gerai, seperti amalan pengendalian makanan yang tidak bersih atau maklum balas mengenai pengendali makanan tidak berdaftar, rakaman yang berkaitan akan diekstrak dan disemak, yang akan memberikan bukti untuk penguatkuasaan dan pendakwaan oleh SFA jika diperlukan," tambah SFA.



Penggunaan CCTV juga telah membantu menghalang sebarang ketidakpatuhan dan memudahkan penyiasatan maklum balas yang lebih disasarkan oleh SFA, sama ada mengenai amalan pengendalian makanan di sesebuah gerai atau sama ada terdapat perniagaan yang melangkaui gerai yang ditetapkan.



Walaupun usaha strategik sedang dilakukan untuk membanteras ketidakpatuhan, agensi itu juga menekankan bahawa keselamatan makanan adalah tanggungjawab orang ramai.



"SFA menggalakkan tanggungjawab bersama dalam keselamatan makanan di mana semua orang, sama ada pihak pemerintah, pemain industri atau pengguna, memainkan peranan untuk memastikan makanan yang kita makan selamat untuk dimakan.



"SFA telah memberi taklimat kepada para pengendali ini tentang keperluan keselamatan makanan untuk pameran tersebut dan mengingatkan mereka bahawa sebarang makanan yang telah dibungkus mesti diperoleh daripada sumber berlesen SFA.



"Mereka juga tidak dibenarkan menjual makanan yang disediakan sendiri di pameran sementara," tegas SFA.



Sebanyak 24 gerai makanan tidak berlesen di pameran sementara telah digantung oleh SFA dari Januari hingga Mac 2023, disebabkan ketidakpatuhan, dengan semua kes ini melibatkan pengusaha di pameran 'Hari Raya Mega Sale 2023' anjuran Megaxpress International Pte Ltd di Dewan Singapore Expo baru-baru ini.



Susulan pemeriksaannya, pegawai SFA telah menemui 21 gerai makanan dan tiga trak makanan beroperasi tanpa lesen pada acara itu.



Siasatan awal juga menunjukkan terdapat pengendali makanan tidak berdaftar yang bekerja di gerai makanan dan trak yang terbabit.



SFA telah mengarahkan penganjur acara berkenaan untuk menghentikan gerai tidak berlesen itu daripada beroperasi demi kepentingan kesihatan awam.



Orang ramai yang mendapati sebarang ketidakpatuhan hendaklah melaporkan kepada SFA melalui borang maklum balas dalam talian (www.sfa.gov.sg/feedback).



SFA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya bukti yang mencukupi diperolehi.



Jika disabitkan, pesalah boleh didenda tidak melebihi $2,000 dan, dalam kes kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi $100 untuk setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas disabit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >