Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Revolusi syarikat Pustaka Nasional seiring trend penerbitan buku

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



PUSTAKA Nasional yang awalnya bertapak di Kampong Glam ditubuhkan pada 1963 oleh Allahyarham Syed Ahmad Muhammad Semait, penterjemah dan penulis tersohor di Singapura.



Menurut Pengarah Urusan Pustaka Nasional, Syed Ali Ahmad Semait, Pustaka Nasional bermula sebagai kedai runcit yang menjual kitab-kitab Arab untuk keperluan pelajar dan guru dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah, yang berdekatan dengan daerah tersebut.



Semenjak itu, Pustaka Nasional sudah menerbitkan lebih 1,000 tajuk buku kategori kanak-kanak, sastera dan agama.



Pustaka Nasional sentiasa cuba memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Islam Singapura dengan penerbitan bahan bahasa Arab, Inggeris dan Melayu, kata Syed Ali dalam episod pertama Pustaka Nasional Television (PN TV) yang disiarkan menerusi saluran YouTube baru-baru ini.



REVOLUSI PENDIDIKAN BUKU



Seiring dengan perubahan teknologi, pelbagai revolusi buku dilakukan oleh Pustaka Nasional agar ia tetap relevan di mata masyarakat.



Syed Ali menjelaskan:



"Sebagai penerbit buku, Pustaka Nasional banyak menumpukan penjualan di kedai buku pada sebelum ini. Selain itu, kami melibatkan diri dengan pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di Kuala Lumpur, Pesta Buku Indonesia, Pesta Buku Brunei dan banyak lagi.



"Memang pemasaran buku fizikal adalah fokus utama. Namun begitu, peredaran masa banyak mengubah corak penerbitan buku sehingga terhasilnya buku digital.



"Pihak kami menerima perubahan tersebut dengan menubuhkan kedai dalam talian.



"Kelebihan teknologi membuatkan ramai yang tertumpu kepada peranti digital sebagai bahan pembelajaran.



"Jadi, fokus kami teralih kepada pemasaran dan usaha memberi informasi kepada masyarakat secara online.



"Selain buku bercetak, Pustaka Nasional sudah menerbitkan podcast, buku elektronik, buku audio dan sedang meneroka platform YouTube sebagai usaha meluaskan pembelajaran pendidikan masyarakat Melayu/Islam di Singapura."



SALUR MAKLUMAT BAHASA DAN SASTERA



Menyokong pembangunan inovasi digital, Pustaka Nasional turut menubuhkan PN TV menerusi saluran YouTube untuk menarik minat masyarakat terhadap penerbitan buku pada zaman sekarang.



Dalam episod pertama PN TV, hosnya, Cik Sharifah Md Kassim, berkata Siri PN TV ialah satu usaha penerbit watan, Pustaka Nasional untuk mendekatkan para penonton dengan buku-buku Melayu Singapura, termasuklah buku akademik, agama, novel, cerita kanak-kanak dan sebagainya.



Menerangkan tujuan penerbitan PN TV, Encik Syed Ali memberitahu:



"Matlamat PN TV yang turut mendapat sokongan dana dari Majlis Seni Kebangsaan (NAC) melalui Geran Transformasi Organisasi ini adalah untuk menyebarkan maklumat bahasa dan sastera kepada orang awam yang berminat mencari bahan-bahan tersebut.



"Ia memudahkan masyarakat untuk memahami cara-cara penerbitan buku dan isi kandungan buku.



"Malah, masyarakat dapat berinteraksi dengan para penulis melalui temu bual, pertanyaan dan sebagainya. Walaupun tidak berjumpa secara fizikal, mereka boleh mengenali para sasterawan dengan lebih dekat.



"Hal ini penting kerana ramai generasi muda yang kurang mengenali penulis-penulis di Singapura hari ini.



"Kewujudan saluran YouTube PN TV ini membolehkan mereka mendapat pendedahan yang lebih meluas.



"Langganan PN TV juga dikenakan caj yang rendah supaya lebih ramai dapat mengakses episod yang dibawa oleh PN TV.



Keperluan langganan ini bertujuan supaya mereka yang benar-benar berminat dapat mencari bahan sastera dan menghargai bahan penerbitan yang disediakan.



TERBIT KOLEKSI BUKU KANAK-KANAK



Sejak 2014, Pustaka Nasional menggerakkan penerbitan buku kanak-kanak disebabkan kekurangan genre buku tersebut di Singapura.



Syed Ali menyatakan:



"Buku kanak-kanak yang dikarang oleh penulis Singapura agak berkurangan pada waktu itu. Masyarakat lebih banyak menerima kemasukan buku yang diimport dari Malaysia.



"Justeru, ia menjadi satu keperluan untuk memperbanyakkan koleksi buku kanak-kanak Melayu yang dihasilkan oleh para penulis tempatan agar ia lebih sesuai dengan konteks Singapura.



"Alhamdulillah, sudah banyak buku kanak-kanak diterbitkan oleh Pustaka Nasional bermula Siri Ariff Ingin Tahu kepada Siri GPS, yang mana penjualannya masih berlangsung.



"Semoga segala usaha mendapat sokongan ramai dan terus dipergiatkan demi melahirkan masyarakat yang cintakan bahasa dan sastera di Singapura."




"Kelebihan teknologi membuatkan ramai yang tertumpu kepada peranti digital sebagai bahan pembelajaran. Jadi, fokus kami teralih kepada pemasaran dan usaha memberi informasi kepada masyarakat secara 'online'. Selain buku bercetak, Pustaka Nasional sudah menerbitkan podcast, buku elektronik, buku audio dan sedang meneroka platform YouTube sebagai usaha meluaskan pembelajaran pendidikan masyarakat Melayu/Islam di Singapura."



- Pengarah Urusan Pustaka Nasional, Syed Ali Ahmad Semait.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >