Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan berhimpun di Australia sokong reformasi orang asli

Jul 2, 2023 | 5:24 PM
SOKONG HAK BERSUARA:  Ribuan orang hadir dalam perhimpunan ‘Yes23’ bagi meynyokong suara Orang Asli Australia  di Parlimen .
SOKONG HAK BERSUARA: Ribuan orang hadir dalam perhimpunan ‘Yes23’ bagi meynyokong suara Orang Asli Australia di Parlimen . - EPA-EFE

SYDNEY: Beribu-ribu orang berhimpun pada Ahad di Australia untuk menyokong kempen mengiktiraf orang asli negara itu dalam perlembagaan menjelang referendum pada akhir 2023, selepas sokongan ke atas perubahan itu menurun baru-baru ini.

Pungutan suara itu, yang mungkin diadakan antara Oktober dengan Disember, bertujuan meminda perlembagaan dan menubuhkan badan penasihat – Suara Orang Asli kepada Parlimen.

Langkah itu bertujuan memberi hak bersuara secara langsung kepada Orang Asli dan Pulau Selat Torres mengenai dasar-dasar yang menjejas kehidupan mereka.

Kerajaan Buruh berhaluan tengah Perdana Menteri, Encik Anthony Albanese, menyokong perubahan itu, manakala pembangkang konservatif Liberal-Nasional menggesa undian “Tidak”.

Pada Ahad, satu ciapan Majlis Perkhidmatan Sosial Australia menunjukkan para hadirin, dalam perhimpunan di Sydney, dengan berkemeja-T yang tertera perkataan “Undi Ya” dan topi dengan perkataan “Kenyataan Uluru”, merujuk kepada dokumen penting yang memerlukan Suara Orang Asli.

Yes23, kumpulan di belakang lebih 25 perhimpunan di seluruh negara, memberitahu agensi berita Reuters bahawa bilangan orang yang berhimpun di Sydney adalah sekitar 3,000 dan ia menjangka sehingga 25,000 orang akan mengambil bahagian secara keseluruhan.

“Acara komuniti ini adalah peluang untuk orang ramai berkumpul dan mendapatkan maklumat berharga tentang kepentingan referendum yang berkesan pada akhir tahun ini,” kata pengarah kempen Yes23, Encik Dean Parkin, dalam satu kenyataan.

Perhimpunan itu dibuat selepas sokongan untuk pungutan suara kelihatan surut berdasarkan tinjauan pada Jun.

Penentang, termasuk beberapa orang Asli, berkata cadangan itu kurang terperinci dan akan memecahbelahkan rakyat Australia.

“Kami tidak benar-benar memberi tumpuan kepada tinjauan pendapat kerana apa yang kami fokuskan bentuk yang perlu dibuat dan perlunya bercakap dengan orang ramai,” kata Pengarah Yes23, Cik Rachel Perkins kepada stesen televisyen ABC pada Ahad.

Orang Asli Australia, yang menyumbang 3.8 peratus daripada populasi, menghadapi layanan buruk, termasuk diskriminasi keadaan kesihatan dan pendidikan yang lemah serta kadar pemenjaraan yang tinggi. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg