Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia tuntut Twitter jelas cara ia tangani mesej berunsur kebencian

Jun 22, 2023 | 02:35 PM



SYDNEY: Pengawal selia siber Australia berkata pada Khamis bahawa ia menuntut Twitter supaya memberi penjelasan tentang cara ia menangani mesej dalam talian yang berunsur kebencian kerana ia didapati menjadi platform paling banyak menerima rungutan pengguna di negara itu.


Keadaan ini dikesan sejak pemiliknya, Encik Elon Musk, menarik balik larangan ke atas 62,000 akaun yang dilaporkan menyebar kebencian.

Tuntutan itu dibuat berasaskan kempen oleh Pesuruhjaya eSafety untuk menjadikan laman web itu lebih bertanggungjawab selepas Encik Musk, antara orang terkaya di dunia, membelinya dengan harga AS$44 bilion ($59 bilion) pada 2022, untuk memulihkan komitmen terhadap kebebasan bersuara.

Pengawal selia turut meminta Twitter memberi butir-butir ia mengendalikan bahan penderaan kanak-kanak dalam talian, yang dikatakan diambil di laman web itu, sejak Encik Musk mengambil alih dan tentang pemberhentian pekerja terutama mereka yang berperanan mengawal selia kandungan yang dimuatkan.

Pesuruhjaya Cik Julie Inman Grant berkata beliau telah menghantar notis undang-undang kepada Twitter bagi menuntut penjelasan, selepas satu pertiga daripada semua aduan yang diterimanya adalah berkenaan kebencian dalam talian.

Jumlah itu dianggap tinggi kerana pentas itu mempunyai pengguna yang jauh lebih sedikit berbanding TikTok, Facebook atau Instagram.

“Twitter seolah-olah lepas tangan dan tidak menanganinya,” kata Cik Inman Grant dalam satu kenyataan, yang turut menarik perhatian bahawa platform itu dilaporkan telah membuka semula 62,000 akaun yang telah diharamkannya sejak Encik Musk mengambil alih, termasuk akaun individu berprofil tinggi yang menyokong retorik Nazi.

“Kita mahukan platform ini bertanggungjawab dan mengambil tindakan bagi melindungi para pengguna. Anda tidak akan bertanggungjawab tanpa ketelusan dan inilah tujuan notis undang-undang yang difailkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Twitter mesti memberi maklum balas kepada Pesuruhjaya eSafety dalam masa 28 hari atau akan dikenakan denda AU$700,000 ($638,000) sehari.

Tuntutan itu dikemukakan sedang Australia menghampiri pungutan suara pada 2023, sama ada untuk mengiktiraf Orang Asli dalam Perlembagaan, mendorong perdebatan yang semakin sengit berhubung kaum.

Pengacara televisyen pribumi terkemuka, Encik Stan Grant, juga menyatakan perkauman dan kebencian yang dialami setiap hari di Twitter menyebabkan beliau mengambil keputusan berehat daripada media bulan lalu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >