Oleh A. Hampri
Jemari giat menari
dalam alam maya ini
disebabkan iri dan benci
ada pula berhasrat dengki
Jemari kini menguasai
alam kian ditenggelami
ciapan berangkai dan berperisai
dengan harfiah yang dipukul bantai
Jemari menari lagi
tidak lelah mengisi
dengan simbol diselang-seli
tanpa malu tidak terperi
Kembalilah wahai jemari
lakukan tugasmu yang asli
berdakwah bukan berdakwa-dakwi
usaha ikhlas akan diberkati


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg