Tiba-tiba
daun yang gugur itu
memberi ingat
usia yang menguning
akan menuntut haknya
untuk istirehat selamanya
sedang _______ masih berat
mensyukuri nikmat
terus leka
persendakan masa
membelek-belek pingat
dan piala
penggilap nama
dalam almari kaca
yang kelak pecah
dek serpihan
debu tanah
asal kejadian kita.
Herman Rothman


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg