Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pertempuran meletus susuli protes insiden remaja mati ditembak polis di Paris

Jun 30, 2023 | 04:24 PM



PARIS: Sekumpulan belia bertempur dengan polis pencegah rusuhan di Paris dalam satu perarakan pada Khamis sebagai mengenang kematian seorang remaja berusia 17 tahun yang ditembak oleh polis awal minggu ini di pinggir bandar Nanterre di ibu kota Perancis, menurut wartawan Reuters yang berada di tempat kejadian.


Polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah pemuda yang berkumpul untuk berarak bagi mengenang remaja yang dikenali dengan nama pertamanya Nahel.

Nahel ditembak mati semasa ditahan dan api kemarahan orang ramai yang tidak dapat dibendung terhadap insiden itu menyebabkan rusuhan di seluruh Perancis minggu ini.

Ketua wilayah Ile-de-France, Cik Valerie Pecresse, berkata di Twitter bahawa tidak akan ada khidmat bas atau trem selepas 9 malam pada Khamis di Paris.

Sebelum ini, kementerian dalam negeri berkata 40,000 pegawai polis dikerah di seluruh Perancis pada petang Khamis – empat kali ganda jumlah yang digerakkan pada petang Rabu.

“Kita mesti tegas dalam bertindak balas. Malam ini, 40,000 anggota polis digerakkan, termasuk 5,000 di Paris berbanding 9,000 sebelum ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Encik Gerald Darmanin, kepada pemberita.

Kedua-dua Encik Darmanin dan Perdana Menteri, Encik Elisabeth Borne, menolak mengisytiharkan darurat buat masa ini.

Sekitar 180 orang telah ditangkap sedang bangunan awam diserang dalam bantahan ke atas kematian remaja berketurunan Afrika Utara itu.

Pendakwa raya berkata majistret telah meletakkan pegawai polis terbabit di bawah siasatan rasmi kerana membunuh secara sengaja.

“Berdasarkan bukti yang dikumpul, pendakwa raya menganggap syarat undang-undang untuk menggunakan senjata itu belum dipenuhi,” kata pendakwa raya, Encik Pascal Prache, dalam sidang akhbar.

Nahel ditembak di dada pada jarak dekat di pinggir bandar Paris di Nanterre pada Selasa, dalam insiden yang telah mencetuskan semula perdebatan di Perancis mengenai taktik polis yang telah lama dikecam kumpulan hak asasi manusia.

Kereta dan tong sampah dibakar di bahagian Paris dan seluruh negara, dengan penunjuk perasaan meluncurkan bunga api ke arah polis rusuhan. Sebuah trem turut dibakar di pinggir bandar Paris.

Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, berkata pada Rabu bahawa kejadian tembakan itu tidak boleh dimaafkan. – Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >