Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Seniman mapan terajui projek seni di Borobudur

Sep 10, 2023 | 05:30 AM



Beliau dikenali sebagai pelukis mapan yang sudah banyak mengukir nama di persada seni visual tanah air.

Kini, kegiatan seni Encik Abu Jalal Sarimon itu dikembangkan lagi ke peringkat serantau, bukan sekadar sebagai pelukis tetapi juga sebagai peneraju dan penganjur pameran seni.

Baru-baru ini Encik Jalal telah menganjurkan dan menjadi kurator satu pameran BOND VOYAGE Freedom & Love International Art Exhibition di Borobudur, Magelang, Indonesia.


Turut menganjurkan bersama pameran dari 4 Ogos 2023 hingga 15 September 2023 itu ialah APEL WATOE Art Gallery

Encik Jalal merupakan pengasas Freedom & Love Art Group, sebuah kumpulan yang ditubuhkannya pada 2018 dan dianggotai seniman pelbagai negara, dengan matlamat untuk menjadikannya satu platform pameran dan interaksi seni di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 65 karya seni hasil 33 pelukis dari tujuh negara Asia – Brunei, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam – telah mengambil bahagian dalam pameran tersebut.

Singapura diwakili oleh empat pelukis termasuk Encik Jalal sendiri, Encik Saiman Ismail, Cik Adeline Goh dan Cik Jin Wang.

Encik Jalal, 59 tahun, berkata ilham untuk menganjurkan pameran BOND VOYAGE itu, yang bererti ‘Bersahabat Dalam Kembara’, berputik ketika beliau ‘terkurung’ semasa pandemik Covid-19.


“Saya perhatikan keadaan di sekeliling, semuanya sunyi tidak bergerak walau seinci. Namun saya bertekad menjadikan masa yang terhenti ini sebagai waktu untuk berkarya.

“Buat sebanyak mungkin karya dengan mutu yang terbaik. Pastinya pandemik akan dapat diatasi kerana pemerintah dan masyarakat bekerja keras untuk menanganinya, dan saat sempadan dibuka karya-karya ini akan dibawa kesemua tempat untuk dipamerkan,” kata beliau.

Hasilnya, selepas pandemik dan sempadan dibuka, beliau mendapati dirinya begitu sibuk dengan kegiatan seni termasuk menyertai pameran, simposium dan bengkel seni di rantau ini.

Tahun ini sahaja, selain pameran di Magelang itu, Encik Jalal juga telah menyertai pameran antarabangsa di Solo, Indonesia dan pameran Sauh di Johor Bahru.

Dalam menganjurkan pameran BOND VOYAGE itu, beliau melakukan hampir kesemua tugasan yang perlu dilaksanakan.


Selain menjadi kurator dan pengurus pameran, beliau juga antara lain memilih pelukis dan karya seni mereka untuk dijadikan bahan pameran; menghasilkan katalog pelukis; menguruskan soal kewangan; dan menguruskan ehwal seniman seperti tempat tinggal, kegiatan seni dan pariwisata.

Encik Jalal akui beliau menghadapi beberapa cabaran dalam menganjurkan pameran tersebut tetapi mujur beliau mempunyai pasukan sokongan di Indonesia yang memberi bantuan.

Di acara pembukaan rasmi pameran, sekitar 350 tetamu hadir termasuk tetamu terhormat yang juga pemilik muzium dan pengumpul seni Indonesia, Dr Oei Hong Djien; Kepala Kepolisian Resort (Kapolres) Magelang Kota, AKBP Yolanda Evelyn Sebayang; dan Wali Kota Magelang, Dr. H Muchamad Nur Aziz.

Tiga lukisan pelukis dari Brunei, Vietnam dan Indonesia pula telah dipilih sebagai karya terbaik.

Pameran BOND VOYAGE dijadual akan diadakan lagi, kali ini di Hanoi, Vietnam, pada Oktober 2024. – PUAD IBRAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >