Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ingin luangkan masa bersama anak-anak tetapi tidak tahu kegiatan yang boleh dilakukan? Berikut antara idea dan kegiatan menarik yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Seronok bermain di taman tema air, berlari anak di taman haiwan

Jul 18, 2023 | 05:30 AM



SERONOK BERMAIN DI TAMAN TEMA AIR

Bagi mengelak kesesakan di Wild Wild Wet, pastikan anda mengunjungi taman tema air di Pasir Ris itu pada hari biasa dan bukan hujung minggu.

Bayaran masuk juga lebih murah berbanding hujung minggu.

Pengunjung juga berpeluang merebut tawaran khas Splashtastic bagi pelajar yang akan ditawarkan hingga 29 September.

Dengan harga $22, tiket hari biasa kanak-kanak dilengkapkan dengan set makanan.

Pengunjung berusia antara 12 hingga 24 tahun juga akan menerima tawaran keahlian nEbO selama setahun yang bernilai $18. Ini merangkumi tawaran menarik termasuk bengkel dan aktiviti hiburan.

nEbO merupakan kelab belia di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Pengunjung perlu menunjukkan pas pelajar yang sah di pintu masuk untuk menikmati tawaran tersebut.

Tiket masuk bagi kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun berharga $19 pada hari biasa (tidak termasuk cuti sekolah dan umum) dan berharga $26 bagi pengunjung berusia 13 hingga 54 tahun.

Wild Wild Wet tutup setiap Selasa.

Di seberang Tambak, Adventure Waterpark Desaru Coast di Johor Bahru juga menawarkan promosi menarik hingga 31 Julai sempena meraikan ulang tahunnya yang kelima.

Pengunjung yang lahir pada Julai, tarikh ulang tahun tarikan tersebut, boleh masuk percuma jika mereka datang dengan pengunjung yang membayar harga tiket penuh.

Tawaran ini hanya boleh dinikmati di kaunter tiket, bukan dalam talian.

RAIKAN ZOOBILEE TAMAN HAIWAN SINGAPURA

Acara larian Mandai Wildlife, sebelum ini dikenali sebagai Acara Larian Safari Zoo, kembali 23 dan 24 September ini selepas lebih tiga tahun.

Sertai acara larian 3.5 kilometer – dinamakan Ranger Buddies Family Dash – dengan anak-anak. Kategori ini dikhaskan untuk seorang kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun bersama seorang dewasa dan berharga $132.


Sementara itu golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas boleh mengambil bahagian dalam Silvers Leisure Walk sepanjang lima kilometer dengan tiket berharga $65.


Peserta berusia 13 tahun ke atas juga boleh menyertai Fun Run sepanjang lima kilometer pada harga $78.


Acara tersebut dilancarkan pada 2009 sebagai penghormatan kepada Ah Meng, orang utan taman haiwan itu yang popular sedunia.

Acara larian tahun ini juga diadakan bersama dengan sambutan ulangtahun ke-50 Taman Haiwan Singapura dan beberapa aktiviti lain turut diadakan.

Kanak-kanak turut berpeluang bermain di taman permainan ‘bouncy’ sepanjang 21 meter serta menyaksikan arca seni ‘inflatable’ yang memaparkan watak-watak Art-Zoo di keliling taman haiwan itu.

Kanak-kanak juga boleh mengumpul buku kecil percuma untuk membaca tentang haiwan di taman haiwan tersebut dan melengkapkan enam aktiviti bagi mendapatkan pin edisi terhad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >