Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Yuk belajar papan selaju, main simbah cat!

Jun 26, 2023 | 5:30 AM
LUNCUR BERSAMA ANAK-ANAK: Ibu bapa dan anak-anak boleh belajar bermain papan selaju secara bersama di Por Vida Skateboarding Indoor Park and School.
LUNCUR BERSAMA ANAK-ANAK: Ibu bapa dan anak-anak boleh belajar bermain papan selaju secara bersama di Por Vida Skateboarding Indoor Park and School. - Foto ST

Luncur dengan papan selaju

Cuba kegiatan papan selaju, atau skateboarding, bersama anak-anak anda di Por Vida Skateboarding Indoor Park and School.

Por Vida Skateboarding ada di beberapa lokasi, namun lokasi utama mereka terletak di GR.iD Singapore di Selegie Road.

Taman papan selaju dalam bangunan di Selegie Road itu adalah seluas 6,708 kaki persegi – yang terbesar khusus untuk kegiatan papan selaju di Singapura.

Por Vida Skateboarding menawarkan beberapa kelas, termasuk bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam kegiatan tersebut.

Ia termasuk kelas percubaan untuk pelajar baru selama 45 minit yang berharga $45.

Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman https://pvskateboarding.com/.

Simbah cat!

Anda seisi keluarga bebas meluahkan dan melahirkan kreativiti di Splat Paint House.

Tiada peraturan mahupun batasan, individu boleh simbah cat bukan hanya pada kanvas, bahkan ke tembok, cermin tingkap, lantai serta segala perabot yang ada di dalam ruang bilik itu.

Dengan hanya memakai baju hujan, pelanggan boleh masuk ke ‘arena simbah cat’ dan menyimbur cat sesuka hati.

Mereka boleh gunakan apa saja, daripada pistol air mainan, belon, botol penyembur hinggalah anggota badan sendiri untuk menghasilkan karya seni yang menarik.

Orang ramai boleh membuat tempahan di Splat Paint House, yang terletak di 207A Upper Thomson Road, melalui dalam talian.

Lungsuri laman https://www.splatpainthouse.com untuk maklumat lanjut.

Main bersama kucing

Jika anda dan anak-anak anda pencinta kucing, kunjungi The Cat Cafe untuk peluang berinteraksi bersama ‘si comel’.

Terletak di dua lokasi – di Bugis, 241B Victoria Street dan The Rail Mall di 392 Upper Bukit Timah Rd – The Cat Cafe membolehkan pelanggan bermain-main dengan kucing sambil menikmati minuman dan snek.

Kesemua kucing di The Cat Cafe merupakan kucing yang diambil dan dijaga atau kucing terbiar yang diberi rumah baru.

Kafe di Bugis merupakan rumah kepada sekitar 15 kucing yang berusia lapan sehingga 15 tahun, manakala The Rail Mall pula mempunyai 14 kucing yang berusia dari tiga hingga enam tahun.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, lungsuri laman http://thecatcafe.sg/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg