Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sonata

Jul 09, 2023 | 05:30 AM



Datangmu malam itu

menata rasa cinta

ladang hidup yang gersang

menggersikkan kerinduan

suara air dalam lecapan

bulan di sana

tiada lagi pucat tanpa warna

sinar purnamamu sonata

jadi dendang hidup

meniup nafas di dada kekasih

kelopak puspa tergenang

melenggang dialun dedaun

menggapai keindahan

yang timbul dalam pasang surut hidup

sebentar kau datang

seketika itu juga kau hilang

aku terapung antara ada dan tiada

lalu hatiku bertanya

kemana pergi suara nafasku

bila kau surut meninggalkan alur kering

sedang sonatamu terhenti

menghulur setitis kemanisan

dalam redup malam tanpa siang

YATIMAN YUSOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >