Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Suara belia penting, tumpukan usaha bina masa depan lebih baik

Sesi dialog bagi ketahui keperluan belia tangani isu semasa dan masa depan
Mar 22, 2023 | 06:00 AM



MASA depan di tangan belia mungkin berbunyi ‘klise’, tetapi itu adalah kenyataan yang tidak dapat dinafikan, kata Cik Marlisa Rosli, 32 tahun seorang relawan muda yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majulah Community.



Ruang terbuka dan selamat untuk belia menyuarakan kebimbangan serta harapan masa depan tentunya akan dapat memperkasakan belia untuk terlibat sama dalam pembentukan kompak sosial yang lebih mapan di masa depan. 



Menyedari keperluan itu, Majlis Belia Kebangsaan (NYC) bekerjasama dengan Komuniti Pembentuk Global (Global Shapers Community) untuk mengadakan sesi Dialog Belia Kebangsaan  bersama belia sejak tahun lepas. 



Komuniti Pembentuk Global, sebuah ciptaan Forum Ekonomi Dunia, ialah rangkaian untuk menyatukan belia di bawah umur 30 tahun, dan bekerjasama dengan mereka untuk menangani cabaran tempatan, serantau dan global.



Dengan lebih daripada 10,000 ahli, Komuniti Pembentuk Global merangkumi 444 hab berasaskan bandar di 147 negara. Pada masa ini, terdapat 25 ahli di Hab Singapura. Sesi dialog itu menampilkan panelis terbilang daripada sektor awam, swasta dan rakyat.



Sesi dialog pertama bersama belia diadakan secara hibrid dan telah dihadiri oleh 106 peserta pada Julai 2022. Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan dijemput sebagai ahli panel dalam satu perbincangan yang mengupas topik ‘Memperbaharui Kompak Sosial Kita’.



Menurut beliau: “Adalah perlu untuk memperbaharui kompak sosial Singapura dalam menghadapi "anjakan generasi seismik", dengan isu baru dan kompleks - termasuk COVID-19, masa depan pekerjaan yang tidak menentu, dan penduduk Singapura yang semakin menua.”



Tambah beliau lagi : “Walaupun Singapura telah berjaya mengatasi cabaran pada masa lalu, rakyat tidak seharusnya leka kerana sebagai sebuah negara kecil, Singapura kekal terdedah.”



Cik Marlisa, yang telah berkhidmat dengan Majulah Community sejak 2016, turut diundang sebagai ahli panel dalam perbincangan itu berkata menerusi kerjanya di Majulah Community selama enam tahun, beliau mendapati golongan belia bersemangat untuk bersuara dan mencipta perubahan dalam isu yang mereka ambil berat.



Beliau menggalakkan belia untuk bertanya soalan yang "sukar untuk dijawab" dan bercakap tentang peranan mereka dalam masyarakat.



“Belia mempunyai banyak tawaran dan meminta lebih banyak "ruang selamat" untuk mereka berdialog dengan penggubal dasar tanpa rasa takut "tindak balas" mengenai topik tertentu,” ujar Cik Marlisa yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai sifat empati yang tinggi dan cekal semangat. 



Kehendak belia juga bertukar mengikuti arus perkembangan masa, jadi penting untuk sentiasa mengetahui apakah disebalik dorongan atau motivasi mereka, kata seorang lagi relawan Encik Muhammad Hilmi Abu Bakar, 35 tahun, seorang guru pendidikan khas di Sekolah Rendah Si Ling. 



“Dalam dunia yang sentiasa berubah, penting bagi kita untuk menjadi relevan kepada belia supaya mereka dapat berhubung dengan kita untuk mendapatkan sokongan dan bimbingan, kerana mengetahui bahawa kita tahu perkara yang penting bagi mereka,” kata Encik Hilmi yang terlibat sebagai fasilitator dalam sesi dialog kelima awal tahun ini. 



“Mungkin ada yang mengatakan bahawa belia tidak mempunyai pengalaman, atau pengetahuan atau kematangan untuk mengetahui apa yang baik untuk diri mereka atau masyarakat pada masa hadapan - tetapi itu jauh dari benar!”  ujar Encik Hilmi.



Menurut beliau, belia lebih optimis dan dapat berikan pandangan jujur mereka tentang masa depan yang mereka inginkan buat diri mereka - perkara yang mungkin terlepas pandang oleh kalangan dewasa yang mengalami lebih banyak perkara dan cabaran dalam hidup. 



Encik Hilmi juga berpendapat apabila belia semakin terlibat, mereka juga berminat untuk menjadi sebahagian daripada pembentukan dasar dan dari situ kita dapat perolehi maklumat seperti isu kebimbangan umum golongan belia yang mungkin anda kongsi melalui interaksi anda dengan mereka. 



Beberapa topik yang mendatangkan kebimbangan biasanya berkaitan kestabilan pekerjaan pada masa depan, isu perumahan dan keterangkuman dalam masyarakat kita.



“Belia mahukan jaminan pada masa depan mereka, bahawa mereka mempunyai alasan yang bermakna untuk diperjuangkan. Kita tidak boleh melihat keinginan mereka untuk mendapatkan jaminan itu satu kelemahan, atau sentiasa mahukan segalanya dipermudahkan untuk diri mereka sendiri,” terang Encik Hilmi lagi. 



Sebelum pandemik, Encik Hilmi pernah bersama menjayakan projek ekspedisi keluar negara di bawah Kelab Mendaki. Encik Hilmi mendukung tanggungjawab sebagai Pengarah Projek dan Penasihat untuk program ‘Overseas Community Involvement Project’ (OCIP), dimana beliau membawa delegasi ke Sapa, Vietnam pada 2017 dan 2019. Ekspedisi itu bertujuan mengumpul dana untuk komuniti Sapa dan membina semula beberapa sekolah sana. 



Bagi seorang lagi relawan yang sering terlibat dengan kerja kebajikan Encik Khairul Hilmi Mohd Khair, 34 tahun seorang pakar psikologi berdaftar di Singapura dan Australia, adalah sangat penting untuk pemerintah dan pihak-pihak berkuasa melibatkan belia seawal mungkin dalam perbincangan dan kerja-kerja kebajikan dalam masyarakat agar mereka dapat mengambil peranan yang lebih aktif.



Terang Encik Khairul: “Penting untuk kita melibatkan mereka lebih awal, membenarkan mereka mengambil bahagian dalam proses penggubalan dasar. Dalam pendapat saya, apabila belia didedahkan dengan betul atau mengalami masalah kompleks pada usia muda dan cuba menyelesaikannya, mereka juga mengembangkan sikap empati yang lebih besar.”



Antara penglibatan yang paling bermakna bagi Encik Khairul selaku relawan ialah sewaktu beliau diberi peranan sebagai ketua kurator dalam ‘Young ChangeMakers Grant’ yang ditadbir oleh NYC.



“Inisiatif itu adalah projek yang diusahakan oleh belia untuk belia - memohon geran dan menyokong satu sama lain,” katanya. 



“Yang lebih penting ialah memastikan golongan muda mendapat akses kepada perbincangan sedemikian supaya mereka boleh membawa perspektif tentang perkara yang dekat di hati mereka.”



Peranan dan sumbangan ‘Global Shapers Community’



Siri Dialog Kebangsaan bersama belia direka untuk membantu belia meluaskan perspektif mereka tentang isu kritikal; mengadakan forum untuk berkongsi pandangan mereka; berhubung dengan belia yang berfikiran sama untuk mengambil tindakan sosial; dan bertindak sebagai akses sokongan dan sumber untuk membuat perubahan.



Perbincangan sesi dialog itu akan membolehkan peserta belia mendengar daripada ahli panel mengenai isu berkenaan masa depan yang terdiri daripada mobiliti sosial, ketidaksamaan, inovasi dan tadbir urus, serta berkongsi pandangan mereka tentang topik ini. Topik dan naratif siri NYD akan diselaraskan rapat dengan topik yang diliputi dalam program Forward SG. 



NYD menyasarkan belia yang berpangkalan di Singapura yang berminat dalam hal ehwal semasa dan isu kritikal yang menjejaskan masa depan Singapura, serta belia yang berminat untuk membuat perubahan melalui inisiatif asas dan menjadi sukarelawan.



Setakat ini, NYC telah mengadakan lima sesi dialog bersama belia dan yang terbaru pada 18 Januari 2023 menyentuh topik ‘Bajet 2023’ dan dihadiri oleh 117 peserta. Antara isu yang diketengahkan ialah kos sara hidup yang lebih tinggi, dimana orang muda beranggapan pakej sokongan bukanlah solusi jangka panjang dan mahukan penyelesaian lebih mapan seperti pelaburan dalam pendidikan, meningkatkan kemahiran pekerja dan bantuan untuk perniagaan beralih mengikut perubahan ekonomi. 



Topik-topik yang telah dibincangkan dalam dialog yang lepas, termasuk, Pembaharuhi Kompak Sosial (Julai 2022), Isu Persekitaran Awam dan Kemapanan (September 2022), Perumahan (Oktober 2022) dan Meningkatkan sokongan dan kesihatan untuk keluarga (November 2022). 



Dua lagi topik telah disenaraikan untuk perbincangan akan datang termasuk tentang 



Transformasi Industri dan Bergerak Ke Hadapan, Bersama. Pengambilan peserta akan dilakukan melalui rangkaian mereka untuk memastikan penyertaan menyeluruh dan inklusif. Bagi mereka yang ingin mengikuti perbincangan ini atau ingin mengambil bahagian, sila isi borang di laman go.gov.nyc/aboutnyd atau imbas kod QR di mukasurat ini. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >