Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tak semudah yang disangka... pegawai kawal selia kongsi cabaran kuat kuasa peraturan niaga

Apr 10, 2023 | 05:30 AM



BANYAK perihal manusia telah beliau lihat dan lalui sepanjang menjalankan tugasnya.



Bagi Encik Norazalie Aziz, ini semua merupakan lumrah pekerjaan sebagai seorang pegawai kawal selia Pejabat Wilayah Timur (ERO) Agensi Makanan Singapura (SFA).



Dengan bazar Geylang Serai kini kembali diadakan secara besar-besaran, tugas Encik Norazalie, 53 tahun, atau mesra dengan panggilan Zalie, serta rakan setugasnya, Encik Nasrullah Mohd Jarlani, amat penting.



Mereka perlu pastikan setiap peniaga makanan dan minuman (F&B) di bazar itu mematuhi piawaian kebersihan makanan dan diri yang telah ditetapkan pihak berkuasa.



"Saya akan memeriksa sama ada gerai makanan itu mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi, dan sama ada pengendali makanan telah menghadiri dan lulus kursus keselamatan makanan yang diperlukan.



"Ini agar memastikan vendor memahami mengapa keselamatan makanan penting dan mengambil langkah perlu untuk mematuhi peraturan keselamatan makanan. Saya juga memastikan pengendali makanan mengikut amalan keselamatan makanan yang baik.



"Saya akan mencari perkara-perkara yang tidak kena seperti makanan bersepah di atas lantai, mengendalikan makanan tanpa menggunakan sarung tangan, tidak memakai pelitup, dan penyimpanan makanan di tempat yang tidak seharusnya diletakkan," ujarnya.



Tugas sebagai pegawai kawal selia SFA tidak semudah seperti yang dilihat. Selain berdepan dengan para peniaga yang biadap dan tidak mahu memberikan kerjasama, Encik Zalie juga banyak kali menyaksikan pekerja gerai yang tidak berdaftar melarikan diri setelah melihat pegawai SFA.



Oleh yang demikian, kerjasama agensi pemerintah yang lain seperti Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) amat penting menurut Encik Zalie, kerana ini akan memastikan pemegang lesen makanan tidak mengambil pengendali makanan yang tidak sah atau tidak berdaftar untuk bekerja di gerai mereka.



"Antara cabaran tugas yang saya pernah hadapi sebelum ini termasuk pengendali makanan yang agak kasar dan enggan memberikan kerjasama mereka.



"Ada juga peristiwa apabila orang awam mengganggu ketika saya membuat pemeriksaan ke atas gerai-gerai bazar ini. Oleh sebab ini, kami perlu bekerjasama rapat dengan pihak penganjur serta SPF.



"Saya juga pernah menyaksikan pengendali makanan yang tidak berdaftar melarikan diri apabila mereka menyedari pegawai SFA datang untuk memeriksa gerai makanan mereka," kongsi beliau.



Encik Zalie akur bahawa tugasnya sebagai pegawai kawal selia SFA memerlukan tahap keyakinan yang tinggi, lebih-lebih apabila perlu berdepan dengan para peniaga dan pengunjung bazar Geylang Serai.



Beliau berkata ia memerlukan orang yang yakin diri untuk mendekati dan memberitahu peniaga makanan yang berlesen bahawa mereka telah melakukan kesalahan berkaitan kebersihan makanan dan mungkin menerima saman.



"Tiada siapa yang suka menjadi orang yang menyampaikan berita buruk itu. Tetapi ini adalah tugas kami. Kami harus sentiasa melakukan perkara yang betul," tegasnya.



Encik Zalie turut mengingatkan orang ramai bahawa keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama.



Selain SFA, para peniaga dan pelanggan juga memainkan peranan penting.



"Saya akan memuji pemilik gerai jika saya lihat bahawa mereka telah melaksanakan amalan keselamatan makanan yang baik. Mengetahui bahawa pelanggan boleh makan dengan yakin mendorong saya untuk melakukan kerja ini dengan lebih baik," ujarnya.



- FAKHRURADZI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >