Terap semangat 'bahasa jiwa bangsa' melalui lirik lagu sedih, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

BAHASA & BUDAYA

Terap semangat 'bahasa jiwa bangsa' melalui lirik lagu sedih

Nov 29, 2021 | 05:30 AM

KOMPOSER tempatan, Encik Erwin Erlan Purnama, sentiasa memegang ungkapan yang sering dilaungkan, 'bahasa jiwa bangsa' dalam karyanya.

Itulah yang diserap dalam 'single' terbaru beliau berjudul 'Putus', nyanyian penyanyi popular dari Malaysia, Nabila Razali.

Ketika ditemu ramah bersama Nabila melalui sesi Zoom baru-baru ini, Encik Erwin menceritakan bagaimana tercetus lirik dan lagu itu.

"Ada satu hari seorang rakan saya telefon saya. Dia cerita bahawa dia sedang menghadapi masalah 'putus'. Dia lalu luahkan perasaannya kepada saya, kesedihan dia... dan kesedihan itu saya dapat rasakan. Apabila saya dapat rasa, saya terus ambil gitar saya, lalu saya terus buat lagu itu," kata Encik Erwin, 30 tahun.

Beliau tidak menafikan lirik lagu tersebut turut menyelitkan kisah pengalamannya dahulu sehingga terhasil lirik lagu 'Putus'.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Saya dapat rasa sebab saya boleh mengaitkannya dengan pengalaman lama... Dulu saya juga pernah ditinggalkan, seperti lirik ini:

Engkau diri di sampingnya
Senyum seakan bahagia.

Tanpa diketahui rakannya, lagu yang digubah itu merupakan lagu yang diinspirasikan oleh kisah perhubungan rakannya sendiri yang dicipta tiga tahun lalu.

"Saya percaya semua orang pernah ada pengalaman seperti ini ...terjumpa 'bekas' kita. Kita nampak dia sudah dengan orang lain.

"Keadaan seperti ini memberi semacam satu tenaga yang terus menangkap, meresap ke dalam jantung ini. Terasa kita seperti tidak boleh bernafas. Itulah juga perasaan yang saya rasa waktu saya menulis lirik dan terlahirlah:

Tanpa memikirkan aku,
Yang merenung dirimu.

"Selepas itu kita rasa dia ini seperti kejam. Dia tidak fikirkan perasaan kita.

"Itulah perasaan yang saya rasa, itulah juga perasaan kawan saya... itulah juga yang saya tulis dalam lirik itu."

PENGALAMAN DIJADIKAN ILHAM

Nabila, yang baru menyambut hari lahir yang ke-29, turut menyumbang dan bekerjasama dengan Encik Erwin dalam menghasilkan lirik dan susunan lagu 'Putus'.

Mereka berhubung melalui panggilan video disebabkan pandemik yang melanda.

Encik Erwin berkata: "Kita ada perbincangan lanjut tentang lagu itu di mana saya rasa lagu itu sudah kuat, tetapi kita kena tambah lagi sikit untuk bagi dia umphh!"

Buat pertama kali juga Nabila menulis lirik dan turut menggunakan pengalamannya sendiri sebagai ilham.

Salah satu bahagian lirik yang ditulisnya adalah:

'Cinta kau dan aku,
Tak mungkin kembali,
Terputus sudah selamanya'

Terang Nabila: "Ayat itu sendiri sudah menunjukkan yang dia 'dah tutup buku' Walaupun perit untuk kita... untuk mengakhiri suatu perhubungan yang sangat menyakitkan, tetapi ia sesuatu yang perlu dilakukan daripada kekal (dalam hubungan itu) dan terus rasa sakit. Ayat itu menerangkan seluruh lagu itu."

Menulis dari hatinya yang pernah mengalami keperitan "putus" itu, memberi kesan kepada Nabila ketika ingin menyampaikan lagu tersebut.

"Disebabkan saya terlibat dalam penulisan, setiap kali saya berlatih untuk menyanyikan lagu ini di kelas vokal, saya menangis. Susah hendak menyanyi... kita betul-betul merasakannya.

"Pengalaman itu betul. Apa yang saya tulis itu pun memang saya tulus ikhlas dari hati.

"Jadi, cabaran untuk mempersembahkan lagu 'Putus' ini adalah saya takut kerana setiap kali dengar saja bunyi piano 'intro' bagi lagu itu saya dah nangis. Macam mana ni?" kongsi Nabila, yang sebelum ini hanya berjinak-jinak menulis kata-kata dan menyimpannya di aplikasi telefon bimbit kerana belum yakin untuk dikongsi dengan peminatnya.

Harapannya selepas kolaborasi itu, beliau dapat berkongsi lebih banyak hasil nukilannya sendiri.

"Untuk pendengar saya, kalau kita letak perkataan yang mendalam, mungkin ada yang tak dapat memahaminya.

"Saya fikir lirik Erwin Purnama mendalam, tetapi mudah difahami... dan alhamdulillah, di bahagian komen di YouTube memang ramai yang komen, 'Akak memang boleh relatelah', dan ada yang tidak ada dalam situasi putus pun rasa macam tengah putus.

"Mereka kata lagu ini lagu yang 'auto-sendu'.... Begitulah betapa mudahnya untuk memahami lagu 'Putus' ini," kata Nabila.

MULA MENGARANG PADA USIA 14 TAHUN

Kejujuran dalam menulis lirik pernah juga memberi kemenangan kepada Encik Erwin apabila beliau buat pertama kali mengarang lagu berjudul 'Ayah', sewaktu berusia 14 tahun, untuk pertandingan kompang dan kumpulannya berjaya merangkul gelaran juara.

Ia diilhamkan setelah beliau mendapat tahu kewujudan seorang ayah ketika awal remaja setelah dibesarkan oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Lagu itu mengisahkan tentang pengorbanan dan peranan seorang ayah.

"Apabila saya tulis lagu 'Ayah' tu baru saya faham dan dapat lihat perasaan sebenar saya. Kerana perasaan saya itu dapat saya lahirkan melalui tulisan," ujarnya,yang mula mengasah bakat menulis lirik dan lagu melalui penglibatannya dalam kumpulan kompang dan dikir barat.

Selepas menulis lagu 'Ayah' beliau lebih bersemangat untuk terus menulis kerana sedar dalam tulisan penulis boleh menambah ilmu.

Bekas pelajar Madrasah Aljunied ini lebih cenderung untuk menulis tentang kisah cinta, kehidupan dan ketuhanan.

Daripada pengalamannya, beliau berpendapat:

"Kalau kita nak sampaikan sesuatu, kalau kita silap susun kata-kata itu, penyampaian itu akan salah sampai. Jadi, lirik ini sangat penting. Ia menunjukkan karakter kita sebagai seorang penulis lirik... ada orang tulis lirik apabila kita baca, "Oh, dia ni hati lembut atau bersemangat".

"Sebagai penulis lirik juga kita harus sebarkan yang positif kerana ia sangat memberi pengaruh kepada masyarakat yang membaca atau mendengar."

Encik Erwin menyifatkan neneknya yang menjaganya waktu kecil sebagai sumber inspirasinya kerana beliau banyak belajar tentang kehidupan daripadanya.

"Nenek secara tidak sengaja membentuk mentaliti dan minda saya. Ia telah membentuk diri saya sekarang - seorang penggubah dan penulis lirik.

"Jadi, apabila saya kupas sesuatu dan menjadikan sebuah lagu itu, saya ingat pesanan nenek saya - sentiasa hormat orang. Jaga nama baik ibu bapa kerana kelakuan kita menonjolkan emak bapak kita," ujarnya.

Encik Erwin, yang sudah berumah tangga dan kini bekerja sebagai seorang kapten feri, berminat dalam muzik semenjak umurnya tiga tahun kerana banyak terpengaruh dengan pak ciknya yang merupakan seorang pemain gitar yang mempunyai kugirannya sendiri.

Beliau juga banyak belajar daripada mereka di dalam industri ini dan telah memulakan produksi muziknya sendiri, Mister Muzik SG, beberapa tahun lalu.

Selain menyanyi dan menjadi komposer, beliau juga turut menguruskan sebuah kumpulan muzik anak muda dengan harapan dapat membuka peluang untuk mereka dalam industri muzik tempatan.

Sejauh ini beliau telahpun menerbitkan beberapa buah lagu, namun ia kurang mendapat perhatian.

SENTUHAN JIWA ERWIN

Bagi Encik Erwin peluang menulis lagu untuk Nabila Razali seperti bulan jatuh ke riba.

Luahnya: "Saya rasa macam mimpi sebab ini merupakan peluang yang semua orang saya percaya mahukan. Saya percaya bukan sebab lagu saya bagus dan saya dapat peluang ini. Ini adalah yang tertulis. Saya percaya ramai lagi komposer yang bagus-bagus. Banyak. Cuma peluang sahaja tiada."

Ditanya reaksi Nabila apabila mendengar demo lagu 'Putus', Erwin, yang tontonan lirik videonya di YouTube melonjak semenjak dimuat naik pada 12 November lalu berkata:

"Lagu itu menangkap jiwa saya. Lima belas saat pertama saya sudah sedih dan saya belum dengar lagi liriknya."

Semuanya bermula dengan permintaan daripada media sosialnya sendiri jika ada komposer berminat untuk mengongsi demo lagu untuk dipertimbangkan sebagai lagu 'single'-nya selepas 'Peluang Kedua'.

Dalam beratus demo yang diterimanya, katanya, ada satu karya yang ada melodi yang kuat, yang sangat dekat dengan hatinya. Pertama kali mendengarnya, beliau rasa ada sesuatu kelainan tentang kenaan lagu itu.

Menurut Encik Erwin, 30 tahun, yang menggelarkan dirinya pemuzik jalanan, beliau telah menghantar demo lagunya kepada Nabila Razali melalui e-mel setelah digalakkan oleh rakan baiknya kerana yakin akan kebolehan dan karyanya. - NENIE KAIRUMAN


KENALI ERWIN ERLAN PURNAMA

Untuk kenali Encik Erwin dan kerja-kerja seninya, sila layari https://shor.by/erwinpurnama. Lagu 'Putus' oleh Nabila Razali boleh didengar di semua platform digital bermula 19 November lalu.


PROGRAM ANJURAN LEMBAGA PERPUSTAKAAN NEGARA (NLB)

PROGRAM KHAS

CITRA INSAN ISTIMEWA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU KITA

Sabtu 11 Disember
2- 4 petang Wadah Zoom

Golongan istimewa atau berkeperluan khas wujud dalam karya-karya Melayu.

Bagaimanakah mereka dipaparkan dan apakah peranan mereka dalam kesusasteraan kita?

Bersama Dr Sa'eda Buang yang akan membicarakan topik penting ini. Moderator acara bagi sesi ini ialah Cik Sharifah Mohamed.

Nantikan pelbagai program menarik yang bakal dianjurkan sepanjang tempoh projek ini berlangsung.

Sila daftarkan penyertaan anda menerusi pautan https://go.gov.sg/osml2

TEATER FORUM

Sabtu 18 Disember
2.30-3 petang Wadah Facebook

Persembahan teater forum Razi oleh Teater Artistik menawarkan peluang kepada para penonton terlibat langsung dalam menentukan perkembangan cerita yang berlainan daripada yang asal.

Penonton perlu meletakkan diri mereka sebagai salah seorang watak dalam cerpen Razi dan ''melakonkan'' semula babak terpilih menurut perspektif peribadi.

Pelbagai program menarik bakal dianjurkan sepanjang tempoh projek ini berlangsung.

Tonton di laman facebook Perkhidmatan Perpustakaan Bahasa Melayu di www.go.gov.sg/malay-library-servicesp

PROGRAM TETAP

KELAB MEMBACA ILHAM PUSTAKA

Sabtu 25 Disember
2-4 petang Wadah Facebook

Saksikan rakaman perkongsian oleh para penulis undangan yang akan membicarakan pelbagai topik berkaitan kesusasteraan tempatan dan serantau.

PROGRAM KOLABORASI

PESTA ILMU: SESI BERCERITA SAMBIL BELAJAR BERSAMA PUSTAKAWAN
Dengan kerjasama Persatuan
Rakyat (PA)

Jumaat 3 & 10 Disember
7.45 - 8.30 malam Wadah Zoom

Sertai 3 sesi bercerita dalam talian bersama pustakawan NLB selama tiga Jumaat berturut-turut. Para peserta akan belajar tentang penjodoh bilangan, simpulan bahasa, peribahasa dan kata adjektif menerusi sesi bercerita kreatif ini.

Mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan menjawab pelbagai soalan kuiz menguji pengetahuan mereka di samping berhibur dengan alunan lagu pemuzik undangan!

Sesi ini sesuai untuk para pelajar sekolah rendah. Sila daftar menerusi go.gov.sg/pestailmumesra

Sila hubungi Cik Noormah Azizi untuk pertanyaan lanjut menerusi e-mel noormah_azizi@pa.gov.sg

PERADUAN KATA@PUSTAKA
Anjuran Chong Pang CC MAEC

Sedang berlangsung
Tarikh tutup: Sebelum
17 Disember 2021
(Penyertaan menerusi e-mel)

Para pelajar menengah 1 - 4 sekolah pemerintah, madrasah dan individu dijemput untuk mengirimkan video ulasan karya antara 3 - 5 minit berdasarkan sebuah buku daripada koleksi remaja atau dewasa yang dipinjam daripada Perpustakaan Awam NLB. Peserta digalakkan menerapkan kreativiti dengan menyertakan unsur muzik, grafik dan gaya penyampaian unik.

Pastikan peserta menampilkan diri dalam video untuk sekurang-kurangnya 2 minit daripada keseluruhan rakaman.

10 hadiah menanti 10 pemenang. Hadiah pertama berupa baucar bernilai $150 dan berserta sijil.

Video para pemenang terpilih juga akan disiarkan di Facebook Perkhidmatan Perpustakaan Bahasa Melayu NLB.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperolehi daripada Facebook Chong Pang CC MAEC atau e-mel kepada cpmaec@gmail.com

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map