Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tersentak sudah belanja lebih $1,000 di arked

Sep 24, 2023 | 05:30 AM



Di dalam dunia yang ajaib dan berwarna-warni ini, terdapat sebuah tempat yang menggoda semua deria saya iaitu arked – pusat permainan dengan cahaya berkilauan yang menyinari setiap sudut.

Apabila melangkah masuk ke tempat ini, saya disambut oleh melodi-melodi menarik daripada permainan-permainan yang berkilau.

Ada yang berasa pening mendengar bunyi-bunyi kuat tetapi kekecohan sebuah arked membuat saya gembira.

Hampir setiap minggu, saya akan kunjungi arked untuk main permainan yang dapat berikan saya tiket-tiket. Lebih tiket bermakna saya dapat menukarnya untuk hadiah yang lebih menarik. Ini termasuk aplikasi elektronik, dan pada masa itu, hadiah yang paling menawan adalah pengering rambut Dyson.

Namun, tiket yang sudah menang masih tidak mencukupi walaupun sudah banyak berbelanja bermain arked.

Inilah yang menyebabkan keseronokan bermain arked, tukar menjadi satu ketagihan. Gara-gara hendak mendapatkan hadiah menarik, saya mendapati bahawa saya sudah berbelanja lebih daripada harga pengering rambut tersebut yang dijual di pasaran.

Baru-baru ini, akhbar The Straits Times mengeluarkan artikel bahawa terdapat lebih golongan muda yang berbelanja besar di arked dan ini menjadi satu kebimbangan.


Antaranya adalah seorang pelajar berusia 13 tahun yang telah berbelanja sekitar $2,500 sebulan.

Membaca berita itu, saya terperanjat kerana ia bukan jumlah kecil, malah angka yang luar biasa dihabiskan di arked.

Ini membuat saya mengimbas semula pengalaman dua tahun lalu apabila asyik kerap ke arked bersama keluarga dan rakan.

Saya akur bahawa permainan arked menyeronokkan dan sudah tentu ia mengurangkan tekanan.

Namun, apabila saya menyedari bahawa saya berbelanja jauh lebih banyak daripada apa yang sepatutnya saya bayar di kedai untuk hadiah tersebut, kesimpulan saya adalah hadiah itu tidak berbaloi.

Berbanding pendapat pelajar yang disebut itu – dia lebih seronok dan puas hati memenangi hadiah di arked dengan usahanya sendiri melalui kemenangan dalam permainannya.

Saya faham apa yang dimaksudkan pelajar tersebut. Keseronokan bermain serta titik peluh dan usaha individu apabila sudah tercapai jumlah tiket yang diperlukan untuk mendapatkan hadiah yang diingini amat memuaskan.

Dalam pada itu, hadiah tersebut juga akan lebih sentimental kerana pelbagai perjalanan atau dalam senario ini, “permainan” yang harus diharungi, untuk mengumpulkan jumlah besar tiket yang diperlukan.

Walaupun demikian, kita harus ada sikap bertanggungjawab dengan setiap tindakan sendiri.

Bagi pelajar berkenaan, meskipun jumlah perbelanjaannya di arked sebulan begitu tinggi, jika ibu bapanya membenarkannya, keluarganya mampu dan situasinya masih lagi terkawal, ia bukan isu besar.

Bagi saya, minat dan tabiat kerap berkunjung ke arked menjadi satu masalah setelah saya menyedari bahawa saya telah berbelanja lebih $1,000 dalam masa beberapa bulan.

Saya tidak sangka bahawa keseronokan itu menyebabkan saya mengeluarkan belanja besar. Walaupun saya seorang dewasa yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, saya sedar ia adalah perbelanjaan tambahan yang tidak perlu.

Maka itu, saya kini elak ke arked dan hanya akan mengunjunginya jika ada sambutan istimewa.

Dari segi sosial dan fizikal, saya bersyukur saya tidak terjejas. Hanya dari segi kewangan, saya tersentak apabila menyedari bahawa minat saya itu telah makan jumlah yang agak besar.

Sifat arked itu memang ditujukan untuk keseronokan.

Namun, ia juga terpulang kepada setiap individu untuk mengawal keadaan dan sedar ia mungkin akan menjejas orang lain di sekelilingnya.

Kita harus memantau tanda-tanda yang akan menjerumuskan seseorang individu kepada ketagihan. Yang penting, kita tetap boleh berseronok tetapi dengan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >