Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tidak perlu daftar kematian secara fizikal mulai 29 Mei

Kematian akan didaftar secara automatik sebaik disahkan doktor; sistem keluarkan sijil digital serta merta
May 09, 2022 | 05:30 AM



PROSES pendaftaran kematian akan berubah bermula 29 Mei.



Waris tidak lagi perlu membuat pendaftaran secara fizikal, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam.



Buat masa kini, waris perlu membawa sijil punca kematian (CCOD) yang diberikan doktor serta dokumen pengenalan si mati ke hospital, balai polis atau Bangunan ICA untuk mendaftar kematiannya.



Surat kematian fizikal kemudian akan diberikan dan waris boleh menggunakannya bagi urusan pasca kematian misalnya untuk mendapatkan permit pengebumian.



Namun, dengan perubahan terkini itu, sebaik sahaja doktor mengesahkan kematian seseorang secara dalam talian, kematian itu akan didaftar secara automatik dalam sistem ICA, dan sijil kematian akan dikeluarkan dengan serta-merta oleh sistem tersebut.



Doktor atau kakitangan hospital kemudian akan memberi maklumat seperti nombor sijil kematian kepada waris untuk membolehkan waris memuat turun sijil tersebut dari portal MyLegacy.



Waris diberi sehingga 30 hari untuk memuat turun sijil kematian itu.



Dengan sijil kematian digital itu, waris boleh memohon bagi permit pengebumian melalui e-portal laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di www.eportal.nea.gov.sg, atau memberi kuasa kepada seseorang, misalnya pihak pengurusan jenazah, untuk menyempurnakannya.



Orang ramai yang menghadapi kesukaran membuat pendaftaran kelahiran atau kematian secara dalam talian boleh menghubungi talian hotline 24-jam di 6589-8707, atau kunjungi Bangunan ICA atau mana-mana cawangan ServiceSG untuk mendapatkan bantuan.



Semalam, ICA juga mengumumkan mulai 29 Mei ini, sijil kelahiran dan kematian tidak lagi diberikan dalam bentuk fizikal.



Langkah mendigitalkan proses kelahiran dan kematian merupakan usaha berterusan menyepadukan dan membaiki perkhidmatan.



Sijil digital itu adalah dokumen rasmi dan terikat dari segi undang-undang yang dikeluarkan ICA.



Perlindungan data dan langkah melindungi data juga dilaksanakan bagi menghalang data dicuri.



Contohnya, ibu bapa yang merupakan pengguna Singpass dan ingin mendapatkan sijil kelahiran anak mereka perlu memasuki Singpass, yang memerlukan kod pengesahan sebanyak dua kali.



Kesemua maklumat dalam LifeSG, My Legacy dan sistem ICA akan disimpan dengan selamat dalam pangkalan data pemerintah.



Aplikasi LifeSG, yang sebelum ini dikenali sebagai 'Moments of Life' dilancarkan pada Jun 2018 sebagai wadah satu hentian dan bersepadu bagi ibu bapa mendaftar kelahiran anak mereka dan bermohon bagi mendapatkan program dan skim pemerintah yang relevan seperti bonus bayi.



Pendigitalan sijil itu akan membolehkan ICA menyertakan langkah tambahan bagi mengesahkan ketulenan pengguna.



Agensi pemerintah dan entiti swasta seperti persatuan industri dan institusi kewangan boleh menggunakan kod QR yang disertakan dalam sijil digital bagi mengesahkan ketulenan.



Kod QR akan dikaitkan dengan sistem ICA, dan maklumat sijil digital akan disahkan menggunakan pangkalan data ICA.



Individu yang didapati menggunakan maklumat palsu akan disiasat dan didakwa di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian atau Kod Penal.




"Pendigitalan proses pendaftaran kelahiran dan kematian, dan pemberian sijil digital akan memberikan lebih kemudahan kepada ibu bapa bayi yang baru dilahirkan serta mengurangkan kerumitan pentadbiran bagi waris si mati agar mereka dapat memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting pada masa itu.



Menjangkakan peningkatan jumlah dokumen digital, terdapat juga rancangan untuk melancarkan repositori dokumen digital sehenti yang selamat untuk semua warga mengakses dokumen rasmi mereka dengan mudah."
- Timbalan Pesuruhjaya (Dasar dan Transformasi) Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Cik Cora Chen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >