Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tren laju antara sistem pengangkutan Saudi khas untuk jemaah haji

Jun 04, 2023 | 05:28 PM



RIYADH: Arab Saudi sudah bersedia menyambut tetamu lebih dua juta jemaah haji tahun 2023 dan angka tersebut menyamai bilangan jemaah haji yang diterima sebelum pandemik Covid-19.


Bagi memastikan keselesaan jemaah dan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji di samping meningkatkan pengalaman keagamaan mereka., Kerajaan Arab Saudi mengumumkan beberapa inisiatif dan strategi mempertingkat sistem pengangkutan dan khidmat logistik. Ini sebagai persediaan menerima kedatangan sehingga 30 juta jemaah haji dan umrah setiap tahun, menjelang 2030.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter, Kementerian Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi menyenaraikan beberapa projek bersasar dalam menyantuni jemaah haji dan umrah.

Antaranya membangunkan saling-hubung di antara lapangan terbang domestik dan lapangan terbang utama dunia dengan menawarkan laluan ke 250 lagi destinasi penerbangan antarabangsa.

Selain itu, kementerian memberi tumpuan kepada meningkatkan keupayaan operasi Kereta Api Laju Al Haramain, selain aliran trafik di pelabuhan tempatan.

Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik kementerian sama melaporkan kerangka strategi pemerkasaan itudigariskan Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammed bin Salman dan perinciannya dibentang wakil kementerian semasa Persidangan Antarabangsa Perkhidmatan Haji dan Umrah, baru-baru ini.


Menurut SPA, kerajaan Arab Saudi dalam usaha meningkatkan kapasiti Lebuh Raya Madinah-Makkah, antara kemudahan rangkaian jalan raya utama dan paling sibuk yang menghubungkan wilayah Makkah dan Madinah.

“Lebuh raya sepanjang 397.3 kilometer (km) dan merentasi lebih 33 bandar dan penempatan itu dilengkapi 231 jambatan dan bersambung dengan lebih 20 persimpangan bertingkat”, lapor SPA.

Bagi Kereta Api Laju Haramain, projek bernilai AS$16 bilion ($21.66 bilion) itu bermula pada 2012 dan beroperasi pada 2018, Ia boleh digunakan oleh semua orang yang datang ke tanah suci terutama yang mengerjakan haji, umrah dan ziarah. Perkhidmatan itu di jangka membawa 60 juta penumpang setahun.

Kerajaan Arab Saudi mengakui bahawa tanggungjawab menyediakan pengangkutan bagi jutaan jemaah yang mula membanjiri kota suci Makkah bagi menunaikan haji adalah sesuatu yang cukup mencabar.

“Kami menerima hampir 2.5 juta jemaah tahun ini dan menyediakan pengangkutan untuk semua jemaah ini adalah satu cabaran. Sebanyak 35 tren laju tersebut akan beroperasi, sekali gus bakal memberi manfaat kepada jutaan jemaah umrah dan haji,’’ menurut seorang pegawai Haramain. 

Kereta Api Laju Al Haramain hanya mengambil masa sekitar dua jam perjalanan Makkah-Madinah – memendekkan perjalanan jemaah mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Membeli tiket adalah mudah menerusi www.hhr.sa atau aplikasi HHR. Setelah tiba di stesen kereta api prosesnya hanya imbas tiket, pemeriksaan diri dan bagasi.

Ia meliputi lima stesen iaitu Makkah, Jeddah, Lapangan Antarabangsa King Abdul Aziz, King Abdullah Economic City di Rabigh dan Madinah.

Tren ini, yang merupakan antara 10 tren terpantas di dunia, hanyalah permulaan bagi rangkaian tren yang dijangka akan berkembang merentasi seluruh Timur Tengah ini.

Walaupun hanya Muslim sahaja yang boleh mengunjungi Makkah, semua pengembara boleh menikmati perkhidmatan tren laju Haramain ini pada laluan sepanjang 450 kilometer yang melintasi sebahagian pantai Laut Merah di Arab Saudi.

Haramain bermaksud “dua tempat suci” dalam bahasa Arab, dinamakan demikian berdasarkan kepada bandar suci Makkah dan Madinah yang terletak di kedua-dua hujung laluan ini. Tren ini juga menghubungkan lapangan terbang Jeddah Al-Sulimaniyah (berhampiran pusat bandar) dan Bandar Raja Abdullah. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >