Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump dikecam partinya luang masa dengan pemimpin pelampau kulit putih

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Seorang pemimpin kanan Parti Republikan, Encik Kevin McCarthy, membuat pendedahan kelmarin tentang jamuan malam yang diadakan mantan presiden, Encik Donald Trump, dengan Encik Nick Fuentes, pemimpin puak perkauman kulit putih, dengan menyatakan Parti Republikan tidak ada tempat bagi kepercayaan yang didokong Encik Fuentes.



Encik McCarthy, yang mungkin menjadi speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, di mana Republikan mula menguasainya pada Januari depan, belum membuat sebarang ulasan berkenaan pertemuan itu, yang berlangsung seminggu lalu.



Beliau telah diminta mengulas mengenai pertemuan tersebut oleh para wartawan di Rumah Putih selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden.



"Saya tidak fikir sesiapa pun harus meluangkan masa dengan Nick Fuentes," kata Encik McCarthy, yang ketika ini merupakan pemimpin minoriti Dewan.



"Pandangannya tidak diterima oleh Parti Republikan atau dalam negara ini sendiri," tegasnya.



Encik Trump berkata, pertemuan yang berlangsung di kediaman peranginannya di Mar-A-Lago, Palm Beach, Florida, tidak disengajakan, tetapi ia menarik kecaman daripada ahli-ahli Republikan, sebahagiannya menyatakan Encik Trump memberi kuasa kepada golongan pelampau perkauman yang tegar.



Encik Fuentes telah dianggap sebagai pendukung tegar perkauman kulit putih oleh Jabatan Keadilan Amerika.



Pertubuhan antifitnah, Anti Defamation League, berkata Encik Fuentes pernah "secara bergurau menafikan Holokaus dan membandingkan pembakaran orang Yahudi dalam kem penderaan serupa membakar biskut dalam ketuhar."



Encik Trump telah mengumumkan langkah untuk bertanding, buat kali ketiga, sebagai calon presiden pada 15 November lalu, menyatakan beliau akan mendapatkan pencalonan Parti Republikan bagi pilihan raya 2024. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >