Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Undangan 4 negara sertai BRICS cetus spekulasi geopolitik di Timur Tengah

Iran, Arab Saudi, Mesir dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka menjadi anggota baru kumpulan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan). Keempat-empat negara itu adalah antara 23 negara yang menyatakan hasrat menyertai BRICS, termasuk Argentina, Algeria, Tunisia, Turkey untuk mengekalkan keseimbangan geopolitik dunia. Ini juga hasil rumusan sidang kemuncak BRICS di Johannesburg pada 22 hingga 24 Ogos lalu. Ia dihadiri pemimpin China, India, Brazil dan Afrika Selatan. Russia diwakili Menteri Luar, Encik Sergey Lavrov. Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menyertai sidang puncak itu melalui persidangan video.
Sep 04, 2023 | 06:00 AM



Undangan kepada negara Iran, Arab Saudi, Mesir dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyertai anggota baru kumpulan BRICS sebagai anggota penuhnya bermula 1 Januari 2024 bukanlah suatu kejutan – dengan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (Mena) menjadi tumpuan dalam perubahan potensi susunan dunia.

BRICS yang terdiri daripada Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan, dianggap sebagai pengimbang kepada G7 (Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun, United Kingdom, dan Amerika Syarikat dan blok itu berusaha meluaskan pengaruhnya dalam era persaingan strategik.

Undangan untuk menyertai BRICS yang diperluaskan kepada Arab Saudi, UAE, Iran dan Mesir telah membangkitkan perbincangan tentang implikasi serta potensi terhadap landskap geopolitik Timur Tengah.

Mesir dan UAE juga menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kumpulan yang mewakili berbilion-bilion penduduk di empat benua dan satu perempat daripada kekayaan dunia

Ini dilakukan sedang Beijing berkempen untuk mengembangkan dan mengukuhkan BRICS dengan pantas sebagai pengimbang kepada dominasi Amerika dan Barat dalam hal ehwal dunia.

Walaupun blok BRICS, secara tradisinya memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi di antara negara anggota utamanya iaitu Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan, penyertaan negara-negara Timur Tengah itu dijangka mengakibatkan peralihan halus tetapi penting dalam dinamik kuasa sejagat.

Kumpulan itu akan segera mengundang lebih ramai anggota yang dipilih berdasarkan kepentingan geopolitik dan bukan ideologi, kata Presiden Brazil, Encik Luiz Inacio.

Perdana Menteri Habsyah, Encik Abiy Ahmed, memuji apa yang disebutnya sebagai “saat yang hebat” untuk negaranya, yang kedua paling ramai penduduk di Afrika.

Arab Saudi dan UAE: Mengimbangi
hubungan Timur dan Barat

Bagi Arab Saudi dan UAE, undangan BRICS datang pada masa di mana kedua-dua negara itu sedang giat mewujudkan pelbagai hubungan diplomatik dan ekonomi.

Timur Tengah telah lama menjadi penghubung untuk kepentingan antarabangsa, dengan dua negara Teluk itu secara tradisinya menyokong kuasa-kuasa Barat, terutamanya Amerika. Undangan tawaran BRICS menunjukkan peralihan potensi dalam memberi tumpuan ke arah negara-negara kuasa ekonomi Timur Tengah.

Penganalisis percaya rakan sekerja Arab Saudi dan UAE mampu memelihara hubungan rapat dengan Barat sedang mereka meneroka peluang untuk mengimbangi kesetiaan mereka dengan mengukuhkan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan negara-negara BRICS.

Langkah strategik itu boleh memberikan mereka lebih banyak autonomi dan pengaruh di peringkat sejagat, membolehkan mereka memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk dasar-dasar antarabangsa yang mempengaruhi Timur Tengah.

Walaupun Arab Saudi masih mempertimbangkan cadangan itu, tetapi kemungkinan besar akan menyertainya, kerana ia ingin menyeimbangkan hubungannya dengan Amerika bersama kuasa-kuasa baru seperti China, kata pengkaji.

Menurut pengkaji, perikatan Arab Saudi dengan Amerika dilihat telah mula longgar dalam beberapa aspek dan penyertaannya dalam BRICS akan menjadi ‘perpecahan’ lain namun masih jauh daripada memutuskan hubungan.

“Riyadh pertama sekali akan mengukur reaksi Washington, dan mempertimbangkan sebarang tawaran daripada delegasi Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden yang akan diutus ke Riyadh, sebelum meneruskan untuk menerima undangan,” kata Encik Sami Hamdi, Pengarah Urusan di International Interest, sebuah firma risiko politik yang memberi tumpuan kepada Timur Tengah, kepada Al Jazeera.


Namun, Arab Saudi, yang sudah menjadi pemimpin serantau, turut mempunyai harapan tinggi menjadi kuasa besar di peringkat sejagat, dan hasrat itu memerlukan hubungan lebih kukuh dengan China, menurut Encik Michelle Grise, penyelidik dasar kanan di RAND Corporation.

“Keanggotaan BRICS memberikan jalan kepada Arab Saudi dan UAE untuk mengimbangi hubungan mereka dengan Amerika serta kepentingan mereka dalam memperdalam ikatan ekonomi dengan China,” kata Encik Grise kepada Al Jazeera.


Pemilihan kedua-dua negara itu tidak semestinya mencerminkan kedudukan anti-Barat, kata Encik Hamdi.

“Saya tidak berpendapat bahawa ini bermakna mereka telah menjadi anti-Barat. Sebaliknya, ia mencerminkan sejauh mana sekutu-sekutu Barat ini telah menjadi ‘jemu’ dengan Barat, dan perasaan ini berkembang bahawa Barat tidak lagi komited kepada kepentingan dan keselamatan mereka,” tambahnya.

Menurut Encik Hamdi, Amerika telah menyatakan hasrat untuk mengurangkan kehadirannya di rantau ini, mendorong negara-negara Teluk untuk mempelbagaikan hubungan.

“Terdapat keprihatinan bahawa Barat tidak lagi memberi keutamaan kepada sekutu-sekutu ini. Kepelbagaian hubungan dan usaha untuk mendapatkan sandaran tambahan, blok dan kumpulan telah menjadi keperluan politik dan ekonomi yang penting,” jelas Encik Hamdi.

Iran dan Mesir:
Rakan kongsi ekonomi baru

Di pihak lain, Iran dan Mesir turut mempertimbangkan undangan BRICS sebagai peluang untuk memperkuat ekonomi mereka. Kededua negara itu menghadapi cabaran ekonomi disebabkan pelbagai faktor, termasuk sekatan dan ketidakstabilan politik.

Menyertai gabungan BRICS boleh membuka peluang baru bagi perdagangan, pelaburan dan pertukaran teknologi, yang berpotensi mengurangkan kesan negatif cabaran itu.

Iran, yang telah dikenakan sekatan antarabangsa, boleh meraih faedah daripada kerjasama ekonomi yang meningkat dengan negara-negara BRICS, membolehkannya mengakses pasaran dan sumber alternatif.

Iran, dengan hubungannya yang sudah buruk dengan banyak negara Barat, telah mengambil peluang undangan BRICS untuk mengatakan bahawa susunan antarabangsa yang dipimpin oleh Amerika sudah mula merosot.

“Pengembangan BRICS menunjukkan bahawa pendekatan ‘unilateral’ sedang menuju kemusnahan,” lapor rangkaian televisyen bahasa Arab Iran, Al Alam, yang menukil Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi

Penasihat kanan presiden, Encik Mohammad Jamshidi, menggambarkan langkah itu sebagai satu “pembangunan bersejarah dan kejayaan strategik” dalam dasar luar Tehran.

Iran telah menyokong usaha BRICS untuk bergerak jauh daripada bergantung kepada dolar Amerika. Dominasi Amerika dalam sistem kewangan sejagat telah menjadi sumber masalah utama bagi Iran, kerana ekonominya terjejas akibat sekatan Amerika.

Kemasukan Iran ke dalam kumpulan tersebut oleh itu adalah “trend lebih luas Iran untuk memperkuat ikatan ekonomi dan ketenteraan dengan kuasa-kuasa bukan Barat”, kata Encik Grise.

“Saya fikir ini juga merupakan bukti bahawa Iran mencari rakan kongsi ekonomi di mana ia boleh menemui mereka – mungkin kerana keperluan akibat sekatan yang berterusan,” tambahnya.

Begitu juga Mesir, sebuah negara dengan ramai penduduk dan potensi ekonomi yang belum digunakan sepenuhnya, boleh mencari rakan baru untuk pembangunan prasarana dan projek tenaga. Mesir dijangka menerima undangan yang mungkin didorong oleh kepentingan kewangan, kata penganalisis.

Mesir memiliki kelebihan perindustrian tersendiri, dan keanggotaannya sebagai negara anggota baru BRICS dilihat sebagai saling melengkapi.

Ia menjadi lebih lengkap dalam bidang perkilangan, bahan bijirin, sumber tenaga dan perkhidmatan, sementara potensi kerjasama BRICS akan turut lebih berdinamik.

Dasar minyak sejagat
dan mekanisme kewangan

Walaupun undangan itu telah membangkitkan optimisme dan minat di Timur Tengah, para pakar turut memberi amaran supaya jangan terlalu menilai kesan segera.

Persekutuan BRICS terutamanya berkisar kepada kerjasama ekonomi, dan sebarang peralihan dalam dinamik geopolitik kemungkinan akan berlaku secara beransur-ansur dan halus.

Selain itu, kepelbagaian kepentingan dan hubungan anggota-anggota BRICS sedia ada boleh mempengaruhi sejauh mana ahli-ahli baru itu disepadukan ke dalam kegiatan dan proses penggubalan keputusan kumpulan tersebut.

Undangan yang diperluaskan kepada Arab Saudi, UAE, Iran dan Mesir telah membuka peluang yang pelbagai bagi Timur Tengah.

Sementara negara-negara itu menimbang pilihan dan manfaatnya, landskap geopolitik wilayah tersebut mungkin mengalami perubahan halus yang berpotensi mengubah dinamikn sejagat dalam jangka masa panjang.

Seperti mana-mana langkah diplomatik, hasilnya akan bergantung kepada interaksi kompleks antara faktor politik, ekonomi dan strategik.

Encik Hamdi berkata bahawa kemasukan Iran bersama dengan UAE dan Arab Saudi “akan mempunyai akibat besar ke atas perdagangan dan dasar minyak”, kerana mereka semua merupakan pengeluar minyak utama.

“Dengan tambahan ini, BRICS telah menjadi blok dengan pengaruh yang berpotensi besar terhadap minyak sejagat dan mekanisme kewangan yang melibatkan perdagangan minyak,” katanya.

“Dalam setahun lalu, kita telah melihat UAE memulihkan hubungan diplomatiknya dengan Iran, dan kemudian pendekatan antara Arab Saudi dengan Iran – perubahan-perubahan ini telah membayangkan satu senario di mana ketiga-tiga negara ini adalah sebahagian daripada BRICS,” kata Encik Grise.

Menurut Encik Hamdi, Arab Saudi, UAE dan Iran telah lama mengabaikan perbezaan kolektif mereka sebagai anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), dan oleh itu mereka akan dapat melakukan perkara yang sama dalam kumpulan BRICS.

Dengan pertambahan jumlah anggota, ia dianggap sebagai titik permulaan baharu untuk kerjasama negara anggota BRICS terus berkembang pesat.

Secara tidak langsung, ia bertepatan dengan petikan ucapan Presiden China, Encik Xi Jinping dalam dialog pemimpin BRICS+ yang menyatakan bahawa tiada negara yang akan ketinggalan dalam proses modernisasi dunia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >