Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Usah khuatir, beri anak ruang belajar sendiri

Jan 15, 2024 | 06:07 PM



Baru-baru ini, saya dan isteri berasa kagum terhadap sistem kemas kini bagi ibu bapa yang diterapkan tajaka anak pertama kami.

Puteri kami, berusia dua tahun enam bulan, sudah memasuki tajaka di peringkat N1 khusus bagi kanak-kanak berusia tiga tahun.

Selain menerima gambar-gambar kegiatan disertai anak dalam sekolah yang dimuat naik oleh gurunya menerusi aplikasi ibu bapa khas tajaka itu, cikgu juga memberi sehelai senarai kegiatan untuk ditandatangani ibu bapa atau pengasuh ketika hendak mengambil anak pulang.

Dalam senarai itu, guru kelas anak saya akan meletakkan tanda ‘iya’ pada setiap kegiatan yang berjaya disertainya.

Jika anak mungkin terganggu dengan kegiatan kelas lain, atau mungkin mengalami kegelisahan dan menangis dek rindu orang tuanya, cikgu itu akan meletakkan tanda ‘tidak’.

Setiap kegiatan diambil kira, termasuk juga jumlah hidangan makan siang yang dimakan hinggalah bilangan potongan buah-buahan!

Untuk memberi sedikit gambaran terhadap keriuhan suasana dalam tajaka berkenaan, setiap kelas mengandungi 15 murid dan diuruskan sepasang guru; satu guru berbahasa Inggeris dan seorang Laoshi, atau guru berbahasa Cina.


Dalam setiap bilik darjah, yang berbentuk dewan luas dipenuhi mainan dan bahan kegiatan kanak-kanak, terdapat empat kelas.

Namun kelakonan anak kami dalam senarai tersebut tidak begitu memuaskan dalam dua minggu pertamanya di sekolah, besar kemungkinan kerana dia masih kurang biasa dengan rutin sekolah.

Saya dan isteri prihatin dan sering berbincang pelbagai keadaan – mungkin sekolah itu “boleh lakukan ini, boleh lakukan itu” agar anak lebih tertarik dengan kegiatan di sekolah.

Namun, akhirnya kami berdua reda sahaja.

“Baru saja dua minggu, kita lihat-lihat sajalah dahulu.”

Kebetulan pada minggu pertama sekolah, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam satu wawancara bersama The Straits Times, menggalakkan ibu bapa supaya memberi lebih ruang untuk kanak-kanak belajar secara berdikari dan mencapai keseimbangan terhadap gaya pembesaran anak-anak secara terlalu berkawal dan terlalu bebas.


Mujur pada minggu ketiga ini, keputusan anak kami itu semakin baik dan si kecil asyik celoteh tentang apa yang dibuat di sekolah.

Lantaran itu, pengalaman tersebut memberi saya pengajaran bahawa dalam dunia yang mana kedua-dua ibu bapa perlu bekerja untuk menyara keluarga, tajaka, mahupun sekolah, sebaliknya tidak harus dilihat sebagai ganti jagaan ibu bapa atau pengasuh ketika sibuk bertugas.

Tajaka adalah tajaka. Ibu bapa adalah ibu bapa. Pengasuh adalah pengasuh. Mereka tidak sama.

Tiada apa pun yang dapat mengganti kasih sayang antara darah daging sendiri, bahkan ibu bapa juga tidak terkecuali daripada tugas mendidik anak.

Sebaliknya, kaedah pembelajaran daripada tajaka serta penjagaan oleh ibu bapa, mahupun pengasuh, perlu saling menyokong antara satu sama lain agar menawarkan persekitaran menggalakkan buat anak.

Saya kira, tugas ibu bapa itu umpama kurator, yang menyusun kesemua elemen-elemen ini bagi memberi manfaat kepada si kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >