Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BELASUNGKAWA

Usaha Ustaz Ali dalam pemulihan pengganas disanjung

Mar 18, 2023 | 04:55 PM



Menyusuli serangan pengganas ke atas menara kembar Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat pada 2001, kehadiran kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang berfaham ekstremis dikesan di sini. Beberapa anggotanya ditangkap pada Disember 2001 selepas plot mereka untuk menyerang beberapa tempat di sini terbongkar.


Allahyarham Ustaz Ali Mohamed berasa terpanggil untuk memainkan peranan membetulkan fahaman radikal. Dengan kerjasama beberapa ulama dan asatizah mapan yang menyedari pentingnya Muslim Singapura memahami agama sesuai dengan konteks negara ini,


Allahyarham Ustaz Ali dan Ustaz Mohd Hasbi Hassan kemudian menerajui usaha membangunkan cara menentang ideologi ekstremis. 



RRG lalu ditubuhkan pada 2003.



Antara perkara utama yang dilakukan RRG ialah memberi kaunseling kepada individu radikal dalam tahanan secara sukarela.


Tahun 2023, RRG akan menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya.

Banyak cabaran yang dilalui ketika menggalas tugas itu.


Antaranya pandangan serong sebahagian pihak dengan membubuh gelaran negatif seperti ‘ustaz pemerintah’.


Namun itu tidak memberi bekas.


Pegangan Allahyarham – kita harus tahu apa yang kita perjuangkan.

“Yang penting, Allah tahu niat kita,” kata Allahyarham Ustaz Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >