Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Nasihat MOH’ tentang cara hindar influenza palsu

Jan 08, 2020 | 02:34 PM



MEMANG minum air itu bagus, tetapi nasihat yang disebarkan tentang cara untuk mencegah virus influenza atau demam selesema bukan daripada Kementerian Kesihatan (MOH).


Nasihat tersebut, yang kononnya dikeluarkan oleh MOH kerana “influenza kali ini amat serius,” menyuruh orang ramai untuk minum air berterusan kerana “apabila membran di tekak kering, virus akan menyerang tubuh anda dalam masa 10 minit.”


Ini tidak benar, menurut MOH: “Memastikan tekak lembap tidak akan menghalang influenza.  


Mesej yang sedang tersebar dalam WhatsApp dan wadah lain mendakwa bahawa ini merupakan notis kepada orang ramai oleh MOH bahawa wabak tersebut serius.


Tatabahasa yang kurang baik akan menunjukkan bahawa mesej itu bukan daripada pihak kementerian.


Mesej itu menambah: “Sehingga akhir Mac, jangan pergi ke tempat-tempat yang sesak, pakai topeng seperti yang diperlukan terutamanya dalam kereta api atau pengangkutan awam.”


Ia tidak menyatakan kenapa topeng tidak diperlukan lagi mulai April.


Apabila ditanya tentang nasihat yang diberikan melalui mesej palsu tersebut, MOH telah memberikan nasihat biasa: bahawa flu tersebar melalui titisan daripada batuk dan bersin orang yang telah dijangkiti flu tersebut.


Jurucakap itu berkata virus flu meningkat sekitar Mei hingga Jun dan November hingga Januari. Katanya: “Untuk itu memang biasa untuk kita lihat peningkatan dalam aktiviti influenza semasa bulan-bulan ini, dan kami juga dapat lihat peningkatan dalam aktiviti influenza dalam tempoh empat minggu ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >