Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

“Ibu telah pulang”: Penghormatan terakhir anak kepada ibu

Aug 31, 2019 | 05:00 PM



 





ENCIK Louis Pang, 24 tahun, sama sekali tidak menyangka ibunya akan pergi buat selama-lamanya apabila menyertai ekspedisi berkayak di Malaysia bulan lalu.



Cik Josephine Puah Geok Tin, 57 tahun, berada dalam keadaan jasmani yang baik, dan biasa mengikuti ekspedisi serupa.



Namun Cik Puah yang menyertai rombongan 14 warga Singapura yang berkayak di Mersing pada cuti hujung minggu panjang sempena Hari Kebangsaan meninggal dunia di sana.



Pada Jumaat (30 Ogos) Encik Pang menerbitkan pos khas di Instagram untuk memperingati ibunya itu.



Cik Puah dan seorang lagi peserta ekspedisi Encik Tan Eng Soon, 62 tahun hilang sekitar 5.40 petang pada 8 Ogos di perairan sekitar Kepulauan Endau. Menurut pihak berkuasa di sana, ombak pada ketika itu adalah kuat.



Rombongan itu, yang gagal mencari pasangan itu, membuat laporan polis di balai polis Rompin di Pahang pada 10.30 pagi pada 9 Ogos.



Apabila Encik Pang diberitahu tentang kejadian itu, beliau sukar memproses berita itu dan berkata beliau masih percaya ibunya bukan salah seorang mangsa.



“Beliau boleh berenang, terjum, boleh memanjat dan lari maraton…” kata Encik Pang.



Misi mencari bermla pada 9 Ogos, dengan pencarian udara diluaskan ke kawasan 400 batu di utara Pulau Seri Buat, di arah Barat Daya dari Pulau Tioman. 



Pada hari kedua pula, pegawai penyelamat meneruskan misi mencari di kawasan 150 batu dari Tanjung Resang, Mersing, ke Kuala Rompin, Pahang.



 Pada 14 Ogos, Encik Pang dan keluarganya diberitahu bahawa pasukan penyelamat telah menemui mayat seorang wanita, di kawasan sekitar 75 kilometer dari kawasan operasi mencari.



Selepas perjalanan tiga jam, Encik Pang tiba di hospital dan mengenal pasti mayat ibunya dengan serta-merta.



Misi mencari Encik Tan dihentikan pada 9 malam pada 18 Ogos. Beliau masih belum ditemui.



Pegawai pihak berkuasa berkata operasi mencari dan menyelamat akan disambung jika mereka menerima sebarang maklumat baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >