RAKYAT Singapura menunjukkan nilai-nilai peribadi lebih tinggi, dengan peralihan dari menumpukan perhatian terhadap diri sendiri sahaja kepada sikap yang menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain.
Nilai positif seperti prihatin terhadap warga emas muncul pertama kali dalam 10 nilai tertinggi yang menggambarkan masyarakat Singapura ketika ini, menurut satu tinjauan.