TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Heng Swee Keat hari ini (26 Mac) mengumumkan belanjawan tambahan bernilai $48 bilion untuk membantu warga dan syarikat mengharungi Covid-19.
Ini adalah suntikan tujuh kali lebih tinggi berbanding pakej $6.4 bilion yang diumum dalam Belanjawan bulan lalu, menjadikan jumlahnya sekitar $55 bilion untuk mengatasi kesan pandemik itu.