Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 perkara yang perlu anda tahu tentang Belanjawan 2019

Feb 18, 2019 | 09:18 PM



 



Menteri Kewangan Heng Swee Keat, pada Isnin (18 Feb)  menyampaikan Belanjawan yang merangkumi pelbagai bidang dan bertujuan memperkukuh Singapura bagi mengharungi cabarn dalam sekitaran yang berubah.



Beliau memberikan perincian tentang Pakej Generasi Merdeka dan Bonus Bicentennial yang bakal memberi manfaat kepada hampir dua juta rakyat.



Encik Heng juga mengumumkan inisiatif untuk membantu keluarga, pekerja dan perniagaan.



1) Bonus Bicentennial $1.1 bilion






  • 1.4 juta warga Singapura akan menerima baucar GST tunai bernilai sehingga $300, bergantung pendapatan dan nilai tempat tinggal mereka.




  • Pekerja gaji rendah akan menerima Bonus Workfare Bicentennial - wang tunai tambahan 10 peratus berdasarkan bayaran gaji tambahan workfare dalam 2018. Bayaran minimum adala $100.




  • Pekerja gaji pertahanan akan mendapat rebat cukai gaji peribadi sejumlah 50 peratus, dihadkan kepada $200.




  • Pelajar di sekolah rendah dan menengah akan mendapat tokokan $150 dalam akaun Edusave..




  • Pelajar pos menengah akan menerima tokokan sehingga $500 bagi menampung pengajian tertiari.




  • Sekitar 300,000 warga Singapura berusia antara 50 dengan 64 tahun - kebanyakannya wanita - akan menerima tokongan antara $300 dengan $1,000 dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.



2) Pakej Generasi Merdeka






  • Sekitar 500,000 warga Singapura yang dilahirkan pada tahun 1950-an akan menerima tokokan Medisave $200 setahun selama lima tahun. Ini tidak termasuk tokokan baucar GST-Medisave yang diterima setiap tahun oleh warga berusia 65 tahun dan ke atas.




  • $100 akan ditokok ke Kad PAssion Silver kumpulan Merdeka, yang boleh digunakan untuk membayar tambang di pengangkutan awam dan membayar untuk kegiatan di kelab masyarakat dan kolam renang awam.




  • Subsidi tambahan untuk rawatan di klinik sepanjang hayat mereka, termasuk:




    • subsidi Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) bagi rawatan penyakit biasa, kronik dan prosedur gigi.  




    • Diskaun 25 peratus bil di poliklinik dan klinik pakar awam, di samping subsidi lain.




    • Subsidi tambahan bagi membayar premium MediShield Life sepanjang hayat mereka - 5% pada usia 60 tahun, dan meningkat kepada 10% pada usia 75 tahun.




    • Individu yang menyertai CareShield Life mulai 2021 akan menerima insentif $1,500, tidak termasuk $2,500 yang diumumkan sebelum ini.




3) Sokongan bagi perniagaan, pendanaan bagi SME



Saran sediakan nasihat bantu SME hadapi ekonomi masa depan




  • Program SG Maju membantu syarikat setempat membina keupayaan baru, berinovasi dan menembusi pasaran baru akan dilancarkan oleh Enterprise Singapura, dengan kerjasama sektor privet dan awam.




  • Program rintis Innovation Agents dilancar bagi membantu syarikat menerima nasihat daripada sekumpulan pakar




  • Syarikat kecil dan sederhana (SME) yang berpangkalan di Singapura dan bersedia meluaskan perniagaan boleh menggunakan Dana Pelaburan Bersama SME III bernilai $100 juta.




  • Program Penukaran Profesional Baru membantu karyawan yang berhasrat berubah industri dan menceburi bidang baru seperti blockchain.




  • Program Sokongan Kerjaya dilanjutkan lagi dua tahun untuk membantu syarikat menggajikan pekerja matang, yang sudah dilepaskan dan penganggur.



4) Kurang kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor perkhidmatan



 




  • Kuota tenaga kerja bagi sektor ini akan dikurangkan melalui dua peringkat, bermula tahun depan.




  • Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC) - yang menetapkan kuota jumla maksimum pekerja asing yang boleh digajikan akan direndahkan daripada 40 peratus kepada 38 peratus bermula 1 Januari 2020. Kuota ini akan direndahkan kepada 35 peratus pada 1 Januari 2021.




  • Kuota bagi pemilik Pas S yang boleh digajikan sesebuah syarikat juga akan direndahkan dari 15% kepada 13% tahun depan, dan kepada 10% pada 2021.




  • Geran pembangunan syarikat akan dilanjutkan lagi tiga tahun, sehingga 31 Mac 2023, bagi membantu syarikat menyesuaikan diri degan perubahan ini.



5) Subsidi Chas diperkukuh




  • Warga Singapura yang berpendapatan rendah dan pertengahan dan pemilik kad Skim Jagaan Kesihatan Masyarakat (Chas) jingga boleh mendapat subsidi bagi merawat penyakit biasa. Sebelum ini mereka hanya menerima subsidi bagi penyakit kronik.




  • Subsidi bagi penyakit kronik akan ditambah




  • Perubahan ini dijangka menelan belanja lebih $200 juta setahun.



6) $5.1 bilion bagi menyokong usaha jagaan jangka panjang




  • Dana Sokongan bagi Jagaan Jangka Panjang bertujuan membantu warga Singapura membayar premium CareShield Hayat dan bayaran sokongan jangka panjang lain seperti ElderFund




  • Kadar bantuan wang menerusi skim Bantuan Jangka Panjang ComCare juga akan ditingkat. Ini bermakna, keluarga dua anak-beranak di bawah skim ini boleh menerima bantuan wang sehingga $1,000 sebulan.



7) Rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dilanjutkan setahun




  • Sekitar 930,000 keluarga HDB akan menerima rebat bernilai antara 1.5 bulan dengan 3.5 bulan, subsidi yang bernilai $132 juta.




  • Dana Pengangkutan Awam, yang membantu keluarga berpendapatan rendah menampung kos pengangkutan awam, akan menerima lagi $10 juta.



 



8) Konsesi cukai arak, peruntukan GST bagi pengunjung lebih ketat




  • Bermula 19 Februari, pengunjung ke Singapura, yang berada sekurang-kurangnya 48 jam di luar negeri, termasuk warga Singapura, perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) jika barangan yang dibeli di luar negeri berharga lebih $500




  • Pengunjung yang berada kurang 48 jam di luar negeri, tidak perlu membayar GST jika barangan yang mereka beli berharga $100.




  • Jumlah arak yang boleh dibawa masuk ke Singapura tanpa cukai dikurangkan daripada tiga liter kepada dua liter bermula 1 April.



9) Cukai diesel ditingkat




  • Cukai diesel ditingkat daripada 10 sen setiap liter kepada 20 sen setiap liter.




  • Langkah ini bertujuan menggalak pengguna mengurangkan penggunaan diesel




  • Bagi membantu pemilik kenderaan diesel dan teksi, cukai khas tahunan akan direndahkan, masing-masing, sebanyak $100 dan $850.



10) Bayaran bertambah bagi pekerja lebih tua, bergaji lebih rendah




  • Pekerja lebih tua dan pekerja bergaji lebih rendah boleh menjangka bayaran lebih tinggi di bawah Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) tahun lalu




  • Jumlah bayaran tahunan maksimum boleh mencapai $400




  • Had gaji yang layak menyertai program ini akan ditingkat daripada $2,000 kepada $2,300 sebulan.




  • Sejumlah 440,000 warga Singapura dijangka meraih manfaat menerusi perubahan ini, yang menelan belanja $1 bilion setahun.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >