Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10 tadika PCF Sparkletots baru bakal dibangun

Jun 14, 2021 | 05:30 AM



PENGENDALI prasekolah terbesar di Singapura, Yayasan Masyarakat PAP (PCF), akan membangunkan 10 pusat PCF Sparkletots baru dan menambah ruang fizikal di dua prasekolah sedia ada, yang dijangka dibina antara tahun ini dengan 2023.



Dengan perkembangan itu, khidmat prasekolah PCF Sparkletots akan dapat menambah 4,000 tempat sepenuh hari menjelang 2023.



Tiada butiran lanjut disediakan, namun PCF dalam kenyataannya semalam berkata maklumat lanjut akan dikongsi kelak.



Ketua Pegawai Eksekutif PCF, Encik Victor Bay, berkata:



"Peluasan kapasiti di PCF Sparkletots dan pembukaan pusat baru dalam beberapa tahun mendatang adalah sebahagian rancangan kami untuk menyokong usaha berterusan pemerintah dalam mempertingkat akses kepada pendidikan prasekolah bermutu."



Dalam pada itu, ibu bapa yang berminat mendaftarkan anak mereka di pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika PCF Sparkletots yang ada, kini boleh melakukannya menerusi laman Rumah Terbuka Maya di https://www.pcf.org.sg/sparkletots/openhouse.



Terdapat 360 pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika PCF Sparkletots serata negara.



Platform interaktif dan berbilang media itu akan membolehkan ibu bapa melakukan lawatan berpandu secara alam maya di kebanyakan pusat dan meneroka kemudahan dan persekitaran pembelajaran.



Laman itu juga menyediakan video dan animasi bagi ibu bapa mengetahui lebih lanjut tentang kurikulum dan program PCF Sparkletots.



Menerusi laman interaktif dan berbilang media itu, Encik Bay berkata pihaknya berharap ibu bapa dapat mengenali pusat dan program mereka dengan lebih baik dari keselesaan dan keselamatan rumah mereka dan mendaftarkan minat bagi prasekolah PCF Sparkletots yang berdekatan dengan mereka dengan lebih mudah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >