Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100 keluarga di Boon Lay terima daging korban

Nov 07, 2020 | 07:19 PM



LEBIH 100 keluarga memerlukan yang menetap  di kawasan undi Boon Lay pada Sabtu  (7 Nov) menerima daging korban.

Ia  diberikan  Jamiyah Singapura yang bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Persatuan Rakyat (PA) untuk mengagihkan daging tersebut.

Ini merupakan kali pertama kumpulan keluarga di kawasan undi itu, yang merupakan sebahagian GRC West Coast, menerima daging tersebut  daripada Jamiyah.

Program itu juga bertujuan bagi Jamiyah bekerjasama dan menjalin hubungan rapat dengan anggota parlimen (AP) sedia ada atau AP baru untuk membantu penduduk memerlukan di kawasan undi mereka.

Majlis itu turut disertai Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang juga AP GRC West Coast.

Di bawah program Jamiyah itu, sebanyak 1,490 keluarga telah menerima daging korban di sembilan kawasan undi sejak Oktober 2020, tidak termasuk 1,443 keluarga di bawah pelbagai program Jamiyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >