Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100 penduduk dipindahkan ekoran kebakaran di Yishun

Jun 25, 2018 | 05:30 AM



DUA lelaki dihantar ke hospital akibat menghidu asap ekoran kebakaran di flat Yishun pagi semalam.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima maklumat tentang kebakaran yang berlaku di unit tingkat empat Blok 663 Yishun Avenue 4 itu sekitar 7 pagi, lapor The Straits Times.



Sekitar 100 penduduk yang tinggal di unit sehingga tingkat 12 blok itu dipindahkan sebagai langkah keselamatan.



Video 16 minit yang dimuatnaikkan ke Facebook oleh pengguna Dahlia SenSasi menunjukkan kepulan asap kelabu tebal menyelubungi unit, koridor dan unit di tingkat atas.



Api dilihat dalam unit tersebut apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian.



SCDF berkata dua kereta bomba Red Rhino, dua motosikal bomba, ambulans serta tiga kenderaan sokongan dikerah ke tempat kejadian.



Kebakaran itu melibatkan barang dalam ruang tamu, dapur dan dua bilik tidur flat tersebut, kata SCDF.



Bomba pula memadamkan api menggunakan dua jet air.



Dua lelaki dalam lingkungan usia 20-an tahun, yang tinggal di unit itu, dipindahkan sebelum SCDF tiba.



Mereka dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat kerana terhidu asap.



Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata beliau mahu menghantar anak perempuannya ke Lapangan Terbang Changi apabila beliau menerima panggilan daripada penduduk mengenai kebakaran itu.



Dalam pos di Facebook, Dr Faishal berkata SCDF dan polis memberitahunya mengenai situasi tersebut setibanya di ditu. Beliau juga sudah bertemu dengan penduduk yang terjejas.



Dr Faishal mengucapkan terima kasih kepada SCDF dan polis atas bantuan mereka sambil menambah bahawa agensi relevan dan pertubuhan masyarakat akan membantu penduduk yang memerlukan.



"Kejadian ini kebakaran yang besar dan mereka bekerja keras memadamkan api. Pegawai polis datang dengan cepat untuk menangani situasi. Penduduk mengongsi dengan saya bahawa mereka menghargai pegawai SCDF dan polis," katanya.



Siasatan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >