Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100,000 batu karang akan ditanam di perairan S’pura

Pulau Subar Laut akan dibuka semula pada 2024
Jun 19, 2023 | 02:41 PM



Dalam usaha negara memulihara terumbu karang, sebanyak 100,000 batu karang akan ditanam secara berperingkat dan disemai di perairan Singapura mulai 2024. Ini demi langkah mempertingkat biokepelbagaian di perairan dan juga melindungi garisan pantai daripada ombak serta ribut.

Sepanjang 10 tahun, anak batu karang atau fragmen batu karang, akan ditanam dalam kawasan terkawal sehingga ia cukup besar untuk disemai ke batu karang yang terjejas atau kawasan baru yang boleh menempatkan habitat batu karang.

Sekitar 60 peratus kawasan batu karang Singapura telah pupus akibat penambakan tanah.

Baki batu karang yang sihat biasanya ditemui di kepulauan selatan di mana Rumah Api Raffles ditempatkan – Pulau Semakau, Pulau Hantu dan Pulau Subar atau Sisters Islands.

Salah satu Pulau Subar juga akan dibuka semula kepada orang ramai pada 2024.

Mereka yang gemar mengunjungi pulau boleh menantikan Pulau Subar Laut yang lebih mesra pengunjung, yang akan mempunyai ciri baru seperti laluan jejak hutan dan sebuah lagun pasang surut yang membolehkan orang ramai menjalankan kegiatan bersnorkel.

Pulau itu, yang merupakan sebahagian daripada Taman Marin Pulau Subar seluas 40 hektar, ditutup sejak 2021 bagi kerja naik taraf.

Projek 100,000 batu karang itu, yang dipimpin Lembaga Taman Negara (NParks), serta kemas kini mengenai Pulau Subar Laut, diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada Isnin semasa pembukaan Simposium Batu Karang Terumbu Asia–Pasifik kelima di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Inisiatif 100,000 batu karang itu akan mempertingkat usaha pemuliharaan batu karang sedia ada, seperti program Plant-A-Coral, Seed-A-Reef, yang bermula pada 2016.


Program itu membantu dalam peluasan batu karang Taman Marin Pulau Subar, dengan lebih 700 batu karang ditanam dan 16 struktur batu karang asli dipasang dalam perairan, kata Encik Lee.

Perairan negara ini menempatkan sekitar 250 spesis batu karang keras pelbagai warna dan bentuk – sekitar sepertiga daripada lebih 800 spesis batu karang keras di dunia.

“Dengan memperkenalkan 100,000 batu karang, kami harap sedang ia membesar, batu karang itu akan bertambah dalam bentuk saiz dan menyumbang kepada peningkatan keseluruhan spatial batu karang yang meliputi terumbu karang di Singapura,” kata Pengarah Pusat Biokepelbagaian Nasional NParks, Dr Karenne Tun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >